Projek Mewarna Bersama Adam

Mewarna dan melukis adalah aktiviti popular di rumah kami. Aktiviti ini senang. Walaupun tidak lama, aktiviti ini akan dapat menarik minat Adam untuk fokus. So, lepas la mama untuk bebas memasak etc di rumah. Walaupun mungkin hanya 15 - 30 minit, ia adalah 15 - 30 minit yang sangat berharga. Rasanya, ibu-ibu di luar sana yang bersendirian mengasuh anak akan memahami ( heee... sorry papa, bukan entry mengadu. Tapi ini hakikat bagi mama yang perlu menunggu ke purata jam 9.30 malam untuk papa pulang setiap hari ) -- mencari rezeki buat mama dan Adam :)

Walaupun tidak seberapa, mama rasa cantik sangat. Nampak la progress Adam. Dari mewarna habis semua jadi satu kaler sampai hilang gambar seperti iniberubah lagi ke warna yang ditinggal-tinggalkan seperti iniberubah kepada mewarna ke satu part sahaja seperti ini, dan yang di bawah ini adalah yang terbaru. My boy pieces of artwork!





Gambarnya, of course la mama yang lukis. Tanya Adam lukisan apa yang diperlukan, sediakan water colour, brush dan bekas air, dan.... tinggalkan Adam sebentar. Adam akan fokus hingga siap sebelum kembali mencari mama :)

Aktiviti yang mungkin nampak tidak seberapa ini, sebenarnya mempunyai nilai juga. Untuk menggunakan berus lukisan, sebenarnya Adam perlu juga berfikir. Berus mana yang ingin digunakan. Silap pilih berus, lukisan tak cantik! Rasanya Adam belum lagi berfikir ke arah itu. Tak kisah lah :)

Aktiviti ini membolehkan kanak-kanak bebas berimaginasi. Lukisannya mama dah lukis, so, imaginasi terbatas kepada pemilihan warna. 

7 comments:

  1. adam budak pandai!! dah makin maju adam sekarang ni... :-)

    lama2 mesti lg cantik.. :-)

    p/s : blh je mama adam ni bg alamat dkt ibu alisha ni.. sbb mmg flower hp strap tu order lbh pun.. tp skrg ni br sampai separuh.. lg separuh next week.. hihii :-) emel or dkt fb ek :-)

    ReplyDelete
  2. Alamak.... Malu la... Mama main2 aje ;)

    Tapi, kalo rezeki mama, hehehe... -- malu2 kucing

    ReplyDelete
  3. salam mama , ikut pengalaman saya , anak sorang dia akan fokos aktiviti mewarna gini , tapi kalau anak 3 mcm saya , tk boleh tinggalkan diorang ..ada jek tak kena dan nak di adukan pd ibu ..last2 mewarna mesti ibu join sekali.

    ReplyDelete
  4. Hehe.... Ye la... Ramai2 kena la ibu join sekali. Kalo x, mereka gaduh2 rebut kaler pulak. Adam xde kawan nk berebut, kadang2 bosan juga

    ReplyDelete
  5. wahh..adam da semakin clever...god job dear...skrg ni mewarna..nnt satu hari..adam plak lukih..mama plak kaler ya ;)

    ReplyDelete
  6. tak pernah mencuba mewarna dengan watercolour ni

    ReplyDelete
  7. bagus taw coz leh kembangkan lagi minda kanak2..masa mas mgajar dulu,student mmg part art suka.xdenya bgi gambar warna..so boring..xde..tpi kat sna suruh wat smua..except ptong2..bhya..so cikgu tlong wat kan.

    ReplyDelete