Khatam Juga Akhirnya.....




Akhirnya, khatam juga! Seronok! So, bila akhirnya khatam. Dan bonus apabila Adam boleh mengeja apa-apa perkataan tiga huruf yang ditengah-tengahnya adalah "a" dan "o". Senang rasa hati. Dalam buku ni, di ajar bunyi "a" dan "o". Walaupun words di dalam buku ini sedikit sahaja, Alhamdulillah... perkataan-perkataan lain yang sama pattern nya, dapat Adam eja tanpa ragu-ragu. Phew!!! Berbaloi!

Mama dah glance thru buku no 4. Banyak perkataan tiga huruf yang ditengahnya adalah "a". Yang ini, anak mama dah khatam. Diperkenalkan juga huruf "i" di tengah-tengah. Progress yang macam ni, rasa sangat berbaloi la walaupun masa yang diambil adalah lama. 

Rak buku Adam, letaknya bersebelahan bakul mainan. Mama belum meletakkan rules bila kena baca buku, bila kena itu atau ini. Semuanya terpulang pada Adam. Cuma, tiap malam, mama kata " Kalau kita study, kita jadi pandai". Jika nasib baik, Adam ambil buku dan minta diajarkan. Jika tidak, toys la yang akan menjadi pilihannya -- kebiasaannya.


Jadi, untuk cepatkan proses itu, sesekali mama ajak Adam main eja-eja semasa dalam perjalanan balik dari nursery. Di dalam kereta, selain berborak, Adam tidak ada banyak pilihan :)  Cara ini seronok juga. Selain mama bunyikan dan suruh Adam eja, Adam juga akan minta mama ejakan sesuatu. Kalau mama eja salah, dia akan betulkan. Kalau mama eja betul, dapat la pujian " Pandai pun mama eja! ".

--Insya Allah, bulan April ni, boleh start manja-manja dengan buku no. 4 :) Ameen.

4 comments:

  1. wah..tahniah kpd mama adam sbb ambil berat terhdp perkmbangan penguasaan pembljaran adam sedari kecil lagi..anda mmg ibu yg hebat..buku phonic ameen ini mmg bagus...boleh cari lagi buku phonic di pasaran...

    ReplyDelete
  2. wah bijaknya adam ..dah khatam..mama adam memang seorg yg prihatin atas perkembangan ank2..Tahniah..

    ReplyDelete
  3. Slow2 je sebenarnya! Hehehe....

    ReplyDelete