Encyclopedic Knowledge - Signal Astro


Tahun 2012 ni, anak mama asyik demam aje. Dah la kerap, lama pulak tu. Badan pun lemah, nampak tak bermaya. Kesian pula... Lemah-longlai.

So, aktiviti bersama Adam mama kurangkan. Bukannya mama nak kurangkan, namun, kasihan pulak. Bila asyik tak bermaya ni, risau pun ada. Tapi, bila asyik bermain, huiiii... Berjam-jam dia mengadap xbox. Sengaja mama tak bukakan. So, Adam terpaksa menunggu papa balik baru dapat menyentuh game itu. Walaupun nampak agak keletihan, larat juga mata menunggu papa balik.

Dalam sibuk-sibuk Adam bermain, sempat juga mama ceritakan beberapa perkara. Bukan read aloud atau think aloud. Tapi, lebih kepada teknik bercerita. Mama gunakan buku-buku yang ada. Berjaya juga menghabiskan buku tentang reptilia dan planet dengan jayanya. Sekaligus menambah pengetahuan mama juga. Mama bukannya tahu pun...

Yang bestnya, pasal planet. Ada diceritakan pasal satelit. 

So, satu hari hujan turun dengan lebat. So, astro pun seperti biasa, tiada servis. Dulu-dulu, Adam akan kata, " Tv kita rosak, mama ". 

Sekarang ni, Adam cakap, " Mama, it's raining. Jadi, hujan tu tolak-tolak satelit. Satelit goyang-goyang. Jadi, tv tak dapat signal la kan ". 

Fuhhh... Terkedu juga mama. Sebab, masa bacakan buku pasal planet ni, mama rasa macam mengarut je. Faham ke anak mama? Tak ke tinggi sangat knowledge ni. Rupa-rupanya, Adam boleh pulak relate dengan kehidupan sebenar. Tiba-tiba mama rasa kagum. Benarlah, otak kanak-kanak ni macam sponge. Rugilah mama kerana tak asah otak Adam awal-awal.

12 comments:

  1. wah good boy lah adam ni.. tu la, kdg2 kita tak sangka yg ank blh paham apa yg kita ceritakan..

    ReplyDelete
  2. x sangka la intan. masa bacakan tu, bosan jugak mama.... sebab mama rasa mcm adam x paham aje.

    rupa2nya, dia paham!!!! memang mama under estimate la otak budak ni

    ReplyDelete
  3. salam MA..maaf mama lambat lawat MA..semuga adam dah bertambah sihat skrg ni..nanti email address kat mama ya..mama nak anta kad utk majlis resepsi bln lima ni..

    ReplyDelete
  4. wah, adam sangat cerdik..good boy

    ReplyDelete
  5. bijaknya adam..kadang2 kita rasa anak kita tak faham tp sebenarnya mereka cpt belajar.benda macam nie selalu juga berlaku pada Aiman..

    mmg sangat kagun dengan adam, kagum juga pada otak dan pemahaman kanak2..mereka sgt bijak sebenarnya!

    ReplyDelete
  6. @mama aini : will do so. Tq mama

    @mama ema : budak2 alaf baru..... Semuanya cerdik2

    @pn kutu : kagum kan? Kadang2 rasa mcm merapu... Tapi, dengan rajin bercerita, vocab budak pun.. Superb!

    ReplyDelete
  7. Wahhhh...!! Pandainya adam. Mak pun takleh pikir gitu. Nampaknya,saraf2 otak adam telah dpt dihubungan antara 1 sama lain nih

    ReplyDelete
  8. pandai adam.dh macam iklan susu la akak..related dengan life kan..bagus2..budak tertarik coz budak2 suka berfikir kenapa,bagaimana,mengapa,apa..hihihi

    ReplyDelete
  9. @mak : macam anmum pulak..... Hehehe... Kena minum anmum la lepas ni. Biar saraf2 saling berhubung

    @maya : susu anmum la kan.... Hahaha.. Tapi mmg betul, budak suka relate dengan real life. Cuma, kena la bersabar n be prepared. Satu soalan tu, kadang2 dia boleh pusing tanya mcm2 cara. Jawapannya satu je

    ReplyDelete
  10. budak2 cpt tangkap dgn apa yg dia dgr dgn keadaan sekeliling..sampaikan kadang2 kita xkan sangka dgn apa yg kita dgr..

    gud boy la adam...

    ReplyDelete
  11. masih ada banyak masa lagi mengasah... masih belum rugi lagi rasanya :)

    ReplyDelete
  12. astro servis mmg mengecewakan...

    ReplyDelete