Berwuduk


Masa mandi semalam, mama terperasan sesuatu. Owh... Masa Adam mandi, bukan mama ;). Rupa-rupanya, anak mama ambil wuduk! Wahhh! Pandai! Terima kasih. 

Dekat nursery, kanak-kanak diajar doa dan surah-surah ringkas. Menghafallah kiranya. Juga dilatih solat berjemaah. Wahhh! Itu yang Adam pandai menghafal surah dan bacaan solat sikit-sikit tu. bukan effort mama la kalau bersolat dan berwuduk ni. Adam tonggang-terbalik sembahyang, memang la kami ajak. Tapi, mama belum beri penekanan untuk bacaan solat. Hanya surah Al-Fatihah sahaja. 

Namun, bila melihat Adam berwuduk mengikut aturan yang anggap aje la betul ( untuk budak 3 tahun ) semalam, rasa terharu sangat. Mama tanya, " Adam buat apa? ". Jawapnya, " Adam ambil hudud ( wuduk ). Kak Ya ( pengasuh di nursery ) kata, sapa ambil hudud, dia budak bagus ". Wahhhhh!!! Kekaguman di tahap maksima. Bukan tidak percaya, tapi, kagum dan terharu yang amat sangat bila anak dapat melakukan sesuatu tanpa di ajar. Heeee... Bukan mama yang ajar. Cikgu dia yang ajar. Sangat-sangat terharu. Lupa pula nak diberitahu kepada papa Adam.

7 comments:

  1. hehe bagus betul nursery tu , adam mau ikut ..

    ReplyDelete
  2. Bagus nursery camtuh. Wlu anak2 kita masih kecik tp rupanya dia buleh ikut semua turutan berwuduk tu

    ReplyDelete
  3. wah bagus nursery tu ajar semua tu kan.. :-)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..adam seorg yg terang hati..mudah ingt apa yg dipelajari :) keep it up adam

    ReplyDelete
  5. pandai betul adam.nursery tu pun bagus.mmg patut diberi penekanan sejak kecil tentang wuduk dan solat.

    Aiman time dia mau je ibu ajar.tp masih tak pandai ikut turutan..:)

    ReplyDelete
  6. hihihi sllu nya mcm tuh.mas dulu guru tadika utk subject agama.smua student suka sgt anak leh wat sndri.rmai parents kata pgaruh kat skolah lagi kuat.

    tahniah adam.allhamdullilah.smga adam kekal hingga akhir hayat & jadi soleh.

    ReplyDelete
  7. syukur alhamdulillah adam semakin bijak..mama tumpang bangga..

    ReplyDelete