Puzzle Untuk Kanak-Kanak


Puzzle memang bagus untuk kanak-kanak. Seumpama vitamin untuk otak, puzzle adalah satu ransangan yang bagus untuk kanak-kanak. Terdapat pelbagai bentuk puzzle yang boleh dibeli dipasaran sekarang. Contoh di atas adalah alphabet /text puzzle.


Sudah agak lama juga mama dan Adam tidak melakukan sesi read aloud atau cuba-cuba belajar membaca. Sekarang, selain dari sibuk melompat-lompat di rumah (bermain), Adam juga sibuk dengan bermain puzzle. Tidak kisah sebenarnya puzzle yang dimain itu ada perkataan atau tidak, yang penting, ia adalah puzzle. 


Di antara kebaikan bermain puzzle ialah :
Improve motor skills - kanak-kanak terpaksa memegang dan memanipulate objek kecil untuk menyusun, melengkap dan menyiapkan puzzle tersebut.


Improve cognitive skills - sangat membantu di dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, puzzle di atas. Daripada 20 puzzle tu, yang mama pasti Adam tahu eja, adalah 4 puzzle. Itu pun, sebab dah belajar dalam read easy. Yang lain, macam mana nak solve kan? Jawapannya, try la matching gambar yang ada. Ini akan memaksa Adam menggunakan logik. Logik budak 3 tahun lebih la kan....


Belajar - Yang ni paling best sekali. Adam tak sedar pun, sebenarnya, mama tengah ajar Adam mengeja. Hehehe. Caranya, menggunakan phonics. Mama perlu membunyikan huruf-huruf yang akan membentuk perkataan-perkataan yang diperlukan dengan jelas. Sejelas-jelasnya sebab Adam akan cari bunyi tersebut. 


Yang bestnya puzzle ni berbanding puzzle Adam yang lain adalah saiznya yang besar. Suka! Sebesar tapak tangan. So, agak-agak, jelaslah Adam dapat tengok huruf-huruf yang ada tu! Bukan setakat gambarnya, ok?


Suka! Bila bermain permainan macam ni, kena lah banyak-banyak bersabar. Kalau main power rangers atau kamen rider, empat jam main pun Adam tak terasa lama. Cuma main puzzle ni, takat 5 puzzle, tahan la lagi. Seterusnya, Adam kata " Simpanlah mama ". So, simpanlah! Kita sambung lain kali. 

Banyak lagi entry puzzle dan educational toys. Klik ok =)

14 comments:

  1. huhuhu mas memang tak suka sgt puzzle ni.kalau ada dulu,mas guna tulis belakang tuh..tulis number.hihihi..

    now de puzzle seratus bentuk,tak pernah mas nak sentuh.bior ler.ihihi

    ReplyDelete
  2. good boy la adam nih! moga mmbesar sbgai ank yg pandai :-)

    ReplyDelete
  3. benda yg perlukan otak utk berfikir mmg takkan menarik minat budak dalam jangka waktu yg lama,org dewasa pun macam tu kot.hehe..

    puzzle mmg sgt bagus.gud boy adam..pandai!

    ReplyDelete
  4. @maya : saya pun x main puzzle. Heee

    @intan : harap2 jadi anak yg soleh

    @pn kutu : memang. 5 puzzle tu dh sgt lama. Dpt 2 puzzle pun saya dh bersyukur

    ReplyDelete
  5. A'ah le, yayansmum ni pn puzzle mmg tak pnh buat complete, hehe.
    Gud boy tul la Adam ni...syg dier! :)

    ReplyDelete
  6. puzzle,puzzle jugak..power ranjer pun best jugakkan adam hehe..

    ReplyDelete
  7. Bukan semua anak kecil suka puzzle..
    Adam sgt Bijak...

    ReplyDelete
  8. Mak pun suka jugak bg anak2 main puzzle. Cumanya, mereka mmg minat main puzzle2 ni berbanding adam.

    Cdgan lain~leh ajak adam naik turun tangga sambil buat kiraan 1-5 dulu utk permulaan.

    Anak2 sekarang..belajar sambil bermain lbh menarik minat derang

    ReplyDelete
  9. seronok melayan anak..tp kena bersabar tahap gaban kan hehe..pandai adam =)

    ReplyDelete
  10. wow.. pandai adam..

    bestnyer ada puzzle tu.. momma nak belikan utk gegurl momma la.. ;)

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas support semua. Mcm mana la agaknya adam dh besar nanti. Dia baca org dok puji dia....

    Naper la xde org puji mama kecik2 dulu... Hahaha... Malas sgt agaknya!

    ReplyDelete
  12. chii setuju ngn puan kutu...kanak2 cepat bosan...lg2 kalo dia x dpt selesaikan..ehehe..

    tp kalau tunjuk gambar2 haiwan..mmg akan diulang2 berkali2

    ReplyDelete
  13. @chii : betul. Mama rajin dok cerita pasal binatang aritu. Mmg sampai letih kita dibuatnya

    ReplyDelete