Private vs Public Blog

Blog ni, mama tulis masa Adam lahir. Kiranya, memang untuk update perkembangan Adam dan mama. Cuma pada masa itu, nama blognya lain. Dan lagi, ia adalah private blog. Hanya ditulis untuk tatapan mama. Kiranya, macam my online diary. Even papa pun tiada access.

Lepas tu, ramai pulak kawan-kawan nak tau perkembangan Adam, so, mama invite a few bff untuk jadi reader for a limited time. Lepas tu, mama remove balik. Coz mama rasa malu, janggal jika ada yang baca penulisan mama yang suam-suam kuku ni. Cerita di dalamnya hanya berkisar tentang Adam ( setakat ini ). Sangat suam-suam kuku, kerana jarang di update. Itu satu penyesalan mama. Sepatutnya, mama update semua tentang Adam. Terasa satu kerugian kerana cerita-cerita semasa Adam baby, jarang di update.

Until November 2011, mama terasa, jika mama hanya ceritakan tentang Adam, dan bukan diri mama, why not mama public kan. At least ada la sikit motivation untuk rajin mengupdate. Juga boleh diselitkan iklan nuffnang. So, sekarang sudah dua bulan lebih blog ini menjadi public blog. Maaf jika penulisan di dalam blog ini nampak masih mentah, kerana selalunya, mama menulis untuk diri sendiri. Juga jika mama sedikit over bercerita tentang Adam. Kerana, pada pendapat mama, setiap achievement anak, perlu dihargai. Perlu dirai. Jika bukan parents yang berbuat begitu, siapa lagi? Juga pada pendapat mama, jika mama tidak over, nanti Adam mungkin lagi tidak over. Maksudnya, mama perlu tunjukkan atau percikkan sedikit semangat untuk Adam terus meneroka dunianya.

Nama blog juga telah ditukar. Nampaknya, jika ada Adam Jr., mama kena buka blog baru la lagi kot.... sebab blog ini adalah my-adam. Dedicated to Adam.

12 comments:

  1. waa. betul3... huu,. akhirnya L boleh baca belog mama..=)

    jom baca sebentar jep..
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/sila-baca.html

    ReplyDelete
  2. msti adam bangga bila besar nanti baca penulisan mamanya.:)

    ReplyDelete
  3. besok2 bila dah besar,adam dapat baca catatan menhenai dirinya ni hehe

    ReplyDelete
  4. @L : sila la baca. Jangan muntah darah

    @puan kutu & suri : baca lah adam. Mama tulis semuanya

    ReplyDelete
  5. jika blog tentang anak2 tentulah pengisiannya tentang anak2 sajer.. bila blog utk bacaan semua, x perlu puji anak melambung tinggi sgt.. ;) nanti disalah ertikan.. cukup lah anak tahu bahawa dlm kehidupan harian, kita memang selalu memuji & menghargainya..

    ReplyDelete
  6. Adam mesti berbangga kerana ibunya mencoretkan semua perkembangan dirinya. Boleh jd kenangan utknya 1 ari nanti

    ReplyDelete
  7. Liza pun rasa xbest bila teringat Adam xde updates masa baby.. Baru buka blog 2 thn lepas..

    ReplyDelete
  8. ehem tentu adam berbangga sbb mama dia menghasilkan satu blog khas tentang dirinya !!..

    ReplyDelete
  9. oo baru lg la blog ni utk public ek.. bg saya ok je... sy suka baca.. sbb awk byk share cr awk ajar ank.. sedikit sebanyak saya dpt praktikkan utk ank saya :-)

    ReplyDelete
  10. Niat asal, nk wat diary. Jot down semuanya. Utk kenangan dan pedoman masa depan. Bila dh public kan, kena la pilih2. Bukan semuanya boleh ditulis. Heee

    ReplyDelete
  11. owh...chii ingtkan nak private kan td..ehehe...

    ReplyDelete