Newspaper - Teaching Learning Aided Tools Yang Berkesan

Newspaper boleh dijadikan satu learning aided tool yang sangat berkesan. Ia senang didapati dan juga sangat murah. Jangan la pula dipilih mukasurat yang penuh dengan tulisan kecil umpama cacing kerawit. Sebaliknya, pilih mukasurat yang mempunyai tulisan besar yang berwarna warni. Pasti dapat menarik minat kanak-kanak.

Cara ini jarang mama buat. Namun, apabila dilakukan bersama Adam, mama dapati aktiviti ini mampu menarik minat Adam, walaupun untuk jangka masa yang terlalu singkat.

Buka di mukasurat pilihan, kemudian, boleh dibuat dengan dua cara : kita menyebut perkataan dan minta anak mencari perkataan tersebut atau, anak menyebut perkataan yang kita tunjukkan. Atau boleh juga anak menunjuk ke mana-mana perkataan yang dia ketahui dan kemudian menyebutnya. Mama suka cara yang terakhir. Ada beberapa perkataan mudah yang telah Adam pelajari melalui buku read easy ini dan ini. Jadi, perkataan-perkataan inilah yang mampu Adam cari. Hehe.... Buku read easy no. 3 itu masih lagi diteruskan dengan kadar yang perlahan. Insya Allah boleh dihabiskan pada bulan ini. Tiga bulan diambil untuk menghabiskan buku ini. Sebabnya, buku ini sudah jarang-jarang disentuh oleh Adam. Selain asyik demam, Adam busy dengan ini.

6 comments:

  1. lenkali tunggu alisha dah pandai, blh try..hihii

    btw, thanks.. nanti sy check emel.. ohya, tp sorry tau.. xleh pos yg 1st batch ni, tunggu 2nd batch ek.. sbb flower hp strap tu br sampai separuh... yg lg sparuh, next week br sampai... ;-) tp jgn risau... sy pasti tunaikan janji saya jugak..hihii

    ReplyDelete
  2. Tunggu alisha besar sikit...

    Xpe... Lambat pun xpe. Org nk kasi hadiah, x leh la demand pulak kan. Tq ye... 1st time nk dpt hadiah ga ni... Hahhaha without even joining the ga;)

    ReplyDelete
  3. insyaAllah adam leh nya..slow2..jangan paksa sgt.

    ReplyDelete
  4. pandai adam nie..newspaper teaching learning aid nie bg inspirasi jugak kt sy.btw tq ya!

    ReplyDelete
  5. ehem ..adam bijak sebab ibunya rajin betul , bila baca kisah ni membuak2 nak ikut semua yg mama adam buat

    ReplyDelete