Masih Di Dalam Dilema - Tadika Atau Nursery

Bulan Januari dah habis, masuk pula Febuari. Cepat sungguh masa berlalu. Adam masih dalam mood slow dia. Sebenarnya, Adam ambil buku, bukak buku. Cuma tak concentrate. Ada sahaja gangguan. Buku ni, simple aje. Tapi, mama nak baca a page a day pun payah. Sambil-sambil menulis entry ni, teringat yang mama pun sama macam Adam. Lama tak buat read aloud dengan Adam. Genap sebulan la.... tanpa aktiviti lima minit kami. Nampaknya, mama pun sama...

Ruginya kerana tak start awal dengan Adam. Start awal semasa gangguan masih kurang. Semasa Adam belum tahu bergerak untuk melarikan diri. Sukarnya nak mencuri masa dalam sepuluh minit yang berkualiti dengan Adam. Mama up jadi 10 minit berbanding 5 minit seperti dulu-dulu sebab Adam dah besar. Sepatutnya, 10 minit tidak menjadi masalah.

Papa kata tak perlu masukkan Adam ke tadika. Maintain sahaja di nursery ini. Kerana Adam masih boleh belajar dengan mama di rumah. Jika mandat itulah yang papa berikan, mama kena lah kreatif sikit untuk menarik minat Adam. 

Kerana Adam telah bertahun di nursery yang sama. Kawan-kawannya ramai. Cikgu-cikgunya juga telah serasi. Risau juga untuk beralih ke tadika - environment baru, kawan-kawan baru, cikgu baru. Walaupun mama pasti yang Adam tiada masalah mencari kawan baru, namun hati mama agak gelisah juga. Ok ke penjagaannya? Makanannya? Cikgu-cikgunya? Juga mama suka kerana cikgu-cikgunya tahu Adam sangat sensitif. Bukan manja terlebih, tapi, jika panas, badan habis naik merah. Heat rashes. Kalau nursery lain, silap-silap diorang suruh mama cuti sebab ingat Adam kena campak ( mama pernah cuti seminggu tunggu rashes reda. Even surat doc pun nursery tu tak pakai... huuu ).

Yang pasti, masih ada 11 bulan untuk mama terus berfikir. Sebab, jika nak masukkan Adam ke tadika, mama bercadang masukkan pada usia 5 tahun ( 2013 ). 

Di nursery ini, kanak-kanak belajar, cuma mama tidak pasti adakah mengikut silibus. Namun, mama tiada masalah jika anak mama ni diajar secara tidak formal. Life skills juga penting dalam pembelajaran. Tetiba rasa, kenapalah tiada tadika di sini. Baik juga jika tadika bersekali dengan nursery :)

10 comments:

  1. saya pun tadika mula umo 5 tahun...tapi tak pandai mana pun zaman skolah dulu...hehe...malas punya pasal..

    ReplyDelete
  2. 5tahun tu kira waktu yg paling sesuai utk antar adam ketadika..tahun depanlah yer..chaiyok mama adam!

    ReplyDelete
  3. kalo hantar tadika terlalu awal pun ado baik buruk nyer...apo yg papa mifz dapat dari pengalaman anak2 buah la...harap buat keputusan yg terbaik..:)

    ReplyDelete
  4. Tq semua. Mama tgh fikir-fikirkan. Sbb papa adam kata, masuk sekolah je terus. Kt nursery pun ada belajar juga. Cuma, x proper mcm tadika la...

    Budak 5 tahun, katanya ada silibus proper. Tapi, xtau lah. Sbb masa adam enroll kt sini dulu, nursery ni khas utk 2 bulan till 4 tahun

    ReplyDelete
  5. mama adam..take ur time..tapi pendapat kite better masuk kan adam ke tadika masa 2013 (5 yrs ) nnti..same la mcm darwisy..skrg 4 tahun bg die main puas² dulu..hehehe

    ReplyDelete
  6. mas dulu mengajar..ada yg umur 3thn awal2 nya nangis,tapi dah lama2,allhamdullilah ok.apa yang mas tengok,kalau yang study awal,nampak kemajuan anak berbanding yang masuk masa 6thn.tapi bergantung jugak 2 perkara: ibu bapa sentiasa ajar di rumah sebelum tadika & masa 6thn cikgunya adalah terbaik & mampu ubah menjadi sama dengan rakan-rakannya yang belajar awal.

    contoh dulu de pelajar yang baru kali pertama belajar,masuk 6thn.ibubapanya lak memang tak ajar coz nak bagi dia fun dirumah.tapi masuk 6thn,mereka tekankan dirumah.n cikgunya pun mampu ubah dia dari tak reti hold pencil & tulisan buruk..mampu ubah reti tulis dgn cntik,leh baca & tahu adab2..

    ehh terpanjang n terserious lak..hihihi..pe2 pun akak kene pilih betul2 k. :)

    ReplyDelete
  7. Pendapat sepohsen dr mak, mak lbh suka pilih tadika. sbb, tadika lebh menekankan pembelajaran. berbanding nursery yg lebih menekankan penjagaan.

    P/s: Maaf jika mak salah beri pendapat ye..

    ReplyDelete
  8. dr apa yg sy bc di blog awk.. rsnya awk xda mslh nk ajar adam.. kira awk blh pikul lah mandat yg diberi hubby tu :-)

    ReplyDelete
  9. @ibu darwisy : itulah hajatnya. Cuma, kalo dh papa kata x pyh....

    @mas : itulah. Mama mmg bleh ajar kt rumah. Tapi selalu hangat2 tahi ayam. Kalo letih tu.... Babai adam.

    @mak : betullah pendapat mak tu. kt nursery, yg dipentingkan adalah penjagaan dan main! Kalo doa, nyanyi2, art mmg ada. Yg lain, maybe x ditekankan sgt

    @intan : kalo tadika, adam dpt belajar hari2. Kalo kt rumah, time mama dia rajin, bleh la belajar. Time letih tu.... Layan tv laaa

    ReplyDelete
  10. 5 thn ok la utk masukkan adam ke tadika...skrg ni kasi dia kat nursery dulu =)

    ReplyDelete