Jika Marah Pada Anak

Adam @ 2 days - saje letak gambar baby

Mendidik anak bukan mudah. Seringkali tingkah laku kanak-kanak mampu memeningkan kepala ibubapa.

Semasa Adam kecil, kadang-kala, mama ada juga terasa geram dan marah.  Tapi, bila difikir-fikirkan balik, bukanlah perangai Adam yang menaikkan darah, namun keletihan seharian yang membuatkan emosi sedikit terganggu.  Amat jarang dapat mendengar mama marah ( pada Adam, kerana mama jenis yang cepat juga marah ). Bukan kerana Adam sangat behave, tetapi kerana mama lebih suka menggunakan pendekatan psikologi.

Hidup bertiga dengan Adam memang menjadikan Adam the center of our daily life. Adam juga cucu pertama di sebelah wan. So, tumpuan penuh memang diberikan kepada Adam. Jadinya, Adam sangaaatlah manja. Tersilap cakap sahaja, bergenang air mata. Belum lagi jika dimarahi. 

Sebenarnya, amat jarang kami terasa hendak memarahi Adam. Kerana, Adam sangat pandai mengambil hati. Cuma adakalanya, disebabkan misscommunication yang berlaku, Adam menyangka mama atau papa sedang memarahi dia. Sedangkan, nada suara yang sehabis lembut digunakan untuk menerangkan sesuatu. Penerangan atau permintaan untuk tidak melakukan sesuatu, di interpret sebagai "marah". So, bila anak manja "dimarahi", mengamuk la dia! Bukan setakat bergenang air mata, meraung macam budak kena dera! Heee...

Jadi, setiap kali Adam mengamuk, mama akan beritahu Adam sama ada mama sedang mengajar/memberitahu sesuatu atau Adam telah melakukan kesalahan. Jika bernasib baik, Adam akan terus ok. Jika tidak, kenalah bersabar sedikit. Al-maklumlah, tak nak mengaku salah. 

Selain meraung, Adam juga mungkin akan menjerit dan menjauhkan diri. Mama tidak akan membiarkan Adam meraung dan menjerit seorang diri. Sedaya upaya mama akan cuba untuk merapatkan diri dan memeluk Adam. Kemudian, mama akan terangkan kepada Adam apa, kenapa, bagaimana, akibat kesalahan yang dilakukan. Di dalam proses ini, kenalah banyak bersabar. Walaupun jarang berlaku, kaedah ini tidak mudah. Kadang-kadang ambil masa yang lama juga. Namun, mama rasa agak berbaloi juga. Kerana, jaranglah Adam melakukan kesalahan yang sama. Di lain kali, Adam telah pun tahu akibat dari kesalahan dia. Berbanding jika melakukan pendekatan marah, Adam tidak faham sebab akibat dari kesalahan dia. Maka kesalahan yang sama akan diulang-ulang seumpama repeat order. Akibatnya, mama lah yang akan merasa kesannya terlebih dahulu - tension.

Mama tidak pasti adakah kaedah ini akan memanfaatkan Adam untuk jangka masa panjang atau sebaliknya. Cuma, mama tidak mahu jika emosi Adam terganggu atau tercalar disebabkan kesalahan kecil yang dilakukan. Harapan mama, semoga kita berada di landasan yang betul. Maafkan mama jika mama tersilap di dalam mendidik Adam. Mama pun masih belajar dan masih tercari-cari kaedah yang sesuai untuk Adam dan untuk mama.

11 comments:

  1. mmg sungguh mencabar tugas kita nie kan...kene banyakkk sabar..Gud Luck, dear...

    ReplyDelete
  2. sm pun sm cam awk.. lbh suka pendekatan psikologi.. mmg jarang pun mrh alisha.. lgpun sy pikir, dia msh lg kecik n dlm proses pembelajaran.. so, dia msh blm tahu apa yg dia buat tu.. yg dia tahu, dia nk explore je.. :-)

    ReplyDelete
  3. sy lak cepat sgt nak marah...balik keje, penat..pas tu dia lak nak mengamuk...adoi..mmg kena byk sabar...
    kena ikut cara awk la...psikologi....

    ReplyDelete
  4. entahlah ekk sy pun tk tahu pendekatan yg betul utk marah atau guna psikologi sbb lain budak lain perangai dan emosinya..

    sy akui sy mmg jenis yg cpt marah juga..tp aiman mmg jenis yg tak berapa makan saman klu sy marah.klu dengan abahnya mmg dia takut..

    sy lebih berlembut dengan anak,tp en suami sentiasa tegas dan tak bg chance..:)

    ReplyDelete
  5. @yayansmum : betul. kadang2 kesian pk mak saya dulu. adik beradik ramai. mcm mana dia handle...

    @annie : mula2 dulu, saya pun x sabar juga. pastu, tiap kali nk marah, saya pk balik. lama2, hilang...

    @intan : tu la... budak kecik. dia belum tau lagi. tak tau la kalo dah besar nanti. boleh pakai lagi x kaedah ni

    @Pn kutu : ok la tu. sorang kena lembut, sorang kena tegas.

    ReplyDelete
  6. cabaran seorang ibu muda untuk mendidik anak sebaik-baiknya

    ReplyDelete
  7. sy ni kurang penyabar sikit..kengkadang kalau dh penat mmg tertinggi suaralah..

    ReplyDelete
  8. @mama ema : mmg cabaran. Perasan x parent kita dulu2. Anak sulung dgn anak bongsu kan lain.... Sbb parent dh pandai conttrol. Lebih pengalaman

    @riva : sama2 lah kita belajar mengontrol diri... Huu

    ReplyDelete
  9. assalam dr mama..thanks sudi singgah keentry mama..ehem memang berat tanggungjawab seorg mamakan?..spt `mama` juga.. :)

    ReplyDelete
  10. ketegasan tu perlu..tapi bertempat la...:)

    ReplyDelete