Rawatan Demam Secara Islam

APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM? 


1- Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:


Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka,kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.


2- Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila salah seorang drpd anda demam,hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pd waktu sahur. 


3-Daripada hadis Nafi’ bin Jubir,katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila salah seorang drpd anda demam,sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x, 7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi drpd 9x InsyaAllah..


4- Daripada Jabir r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: 

“Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan drpd Allah padanya ". 
Sabda baginda s.a.w:

Jangan mencaci demam,kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam,sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.



Hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya: 

“Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati”. 

Sharing article dari halaqah.net

8 comments:

  1. Thanks kongsi pasal ni.. baru tahu... boleh diamalkan ni..

    ReplyDelete
  2. entry menarik...tq coz sudi share...

    ReplyDelete
  3. baguz la.first tme mas bca ttg ni..thanks kak.

    ReplyDelete
  4. sangat membantu..info yg sangat bagus..tq :)

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing..tak perlu bergantung pada ubatan sahja

    ReplyDelete
  6. mmg patutnya kalo demam..kena mandi.kasi wap panas keluar...tp ramai gak yg dok selubung..alasan nya..nak kasi peluh keluar..

    apa pun..thanks

    ReplyDelete
  7. paling utama airlah yer..kena mandiklu demam.sedih tgok ada yg tak bg anak mandi klu demam.entah apa alasannya..bukan hanya sains,islam sendiri dh terbukti..

    ReplyDelete
  8. Lepas ni mmg akan beringat la.... Mandi!

    ReplyDelete