Readeasy Volume 3 - phonics



Alhamdulillah. Volume 2 berjaya kami habiskan Dec 2011 yang lepas. Sepatutnya, awal Januari nak baca pula Volume 3. Kemalasan ibu dan anak, minggu pertama Januari berlalu begitu sahaja. Next week ( esok ) boleh start kot?

Sebelum baca Volume 3 ni, nak review la sikit. Volume 3 ini, masih untuk tahap beginner. Kira naik Volume ajelah. Level belum lagi. Insya Allah, tak lama lagi, kita akan naik level. 


Inilah tahap beginner
Volume 3 ni memperkenalkan 3 lagi consonant yang ada : /h/, /s/ dan /d/. Itu sahaja. Setiap volume, tidak banyak perkataan baru diperkenalkan. Mungkin untuk mengelakkan kanak-kanak confius atau stress untuk membaca. Walau bagaimana pun, semua words dalam Volume terdahulu akan digunakan di dalam volume selepasnya. Mungkin untuk tujuan pengukuhan. 
Sebab naik pangkat, buku makin tebal. Cuma bila mama tunjukkan dekat Adam tadi, dia tanya, kenapa tulisan ( font ) makin kecil? Mama jawab sebab Adam makin besar. Hehehe...


Masih mengekalkan words dalam Volume 1 & 2. Cuma tambah "hat" aje.

Kalau betul jangkaan mama, Volume 3 ni, sepatutnya boleh dihabiskan dengan lebih cepat berbanding volume terdahulu. Sebab rasanya, untuk menghabiskan Volume 1 dulu, masa yang diambil agak lama. Masa untuk Volume 2 juga agak lama sebab nak dapatkan feel membaca. Cuma mama perasan, ada certain word yang sama pattern macam volume 1 & 2, bila mama test untuk Adam cuba meneka bunyinya, dapat! Ini memang satu motivasi yang baik untuk mama dan Adam. At least, mama takde la rasa yang mama merapu-rapu atau syok sendiri mengajar Adam. Untuk Adam, of course la dia happy sebab berjaya sound out perkataan baru tanpa bantuan. Seronok! Happy!


Walaupun di add in perkataan2 baru, insya Allah kanak2 yang telah tahu membunyikan perkataan akan dapat membunyikan perkataan tersebut

Apabila membaca bersama Adam, mama akan tutupkan ruangan gambar. Masa Volume 1, mama memang tidak tutup gambar itu. So, kadang-kadang, Adam meneka bunyi berdasarkan gambar. Setelah masuk ke Volume 2, mama tutup gambar untuk "memaksa" Adam membunyikan sendiri perkataan tersebut. Insya Allah, anak akan dapat membunyikan dengan betul.

Last week, walaupun tiada sebarang aktiviti membaca, mama dan Adam berjaya melakukan at least 1 line tracing worksheet setiap hari. Gigih juga tu. Line tracing ni crucial sangat bagi mama. Sebab, mama rasa cara Adam mengikut garisan titik-titik tu, macam tidak confident. Eikkk? Dari tulisan nampak ke confident ke tidak? Not sure. Itu mama punya interpretation. Next entry, maybe mama boleh ceritakan pasal line tracing tu.

6 comments:

  1. klu mama masukkan gambar mungkin pembaca akan lebih faham apa yg mama cuba sampaikan..sy yg baru nak ikut blog mama adam mmg agak lost in certain word bila mama bercerita tanpa gambar.hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam Pn Kutu. Tq untuk komen yang membina. Tak sangka ada yang mengikuti.

    Saya dah tambah gambar. Ok x?

    ReplyDelete
  3. Yeah..bila dah add gambar, baru leh dpt 'tangkap' apa maksud mama..

    : )

    ReplyDelete
  4. Tq mak. Memang kena letak gambar la.... Hahaha... Mama malas.

    ReplyDelete
  5. nak tanya, kat mana beli buku phonic tu? bagus cara phonics ni.. salam kenal

    ReplyDelete
  6. Salam liza. Buku2 ni dulu mama beli online. Tapi kat
    MPH ngan POPULAR pun ada..

    ReplyDelete