Ransang Kreativiti Anak Menerusi Lukisan

3 Jun 2011 - aktiviti mewarna

12 Dis 2011 - aktiviti mewarna
Beza 6 bulan.... untuk move dari "b" ke "j" :)

Parents selalunya menekankan pendidikan awal kanak-kanak. Buktinya, anak seawal usia 4 tahun telah dihantar ke tadika. Namun, perlu berhati-hati. Pengisian di tadika perlulah sesuai dengan tahap kematangan anak itu. Jika anak telah bersedia, apa salahnya. Tepuk dada, tanya selera. Namun, disebalik aktiviti mengejar pendidikan formal, kanak-kanak memerlukan aktiviti yang memaksa kanak-kanak berfikir dan mengikut kreativiti sendiri. Bukan seperti orang dewasa yang terikat dengan segala yang peraturan. Melalui penerokaan secara semulajadi, aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan.
Salah satu cara untuk kanak-kanak meluahkan kreativitinya adalah melalui lukisan. Aktiviti ini mudah dan murah. Sediakan peralatan melukis dan mewarna, kanak-kanak mampu untuk meneroka dunianya sendiri dengan gembira. Aktiviti ini sangat senang dan menjadi all time favourite kami. Walaupun pada mata kasar ianya hanya sekadar satu contengan atau lukisan anak kecil, ia sebenarnya adalah luahan semulajadi mereka. Selain daripada dapat meluahkan diri dan emosi, melukis juga dapat membentuk dan membina otot-otot tangan ( fine motor skill ). Ia juga adalah satu bentuk komunikasi - lihat di tv di mana kaunselor menganalisa lukisan anak-anak bermasalah.
Dengan kebebasan melukis, kanak-kanak akan dapat men transfer apa yang mereka lihat, rasa dan percaya ke dalam satu bentuk dan imej yang unik mengikut tahap pemahaman masing-masing. Kalau Adam, pada peringkat awal, suka melukis binatang. Walaupun shape binatang itu tidak kelihatan, jangan sekat kreativitinya. Mama juga tidak mampu untuk mengecam objek apa yang Adam lukis. Tanya dengan baik. Anak akan berupaya menterjemahkan lukisannya kepada kita. Sekarang, objek pilihan Adam adalah family kami. Adam akan melukis mama, papa dan Adam. Lukisannya semakin bertambah baik dari masa ke semasa. Jika dulu hanya part muka, sekarang mama dah nampak part kaki dalam lukisan Adam. Cuma, part badan, Adam kata ada kat belakang. Sebab itu tak nampak dalam lukisan. Apa sahaja la sayang.

Jadi untuk parents, sediakan peralatan asas seperti kertas lukisan, warna - pensil, krayon, water colour dan berus lukisan untuk anak bebas melukis. Pembelajaran anak kecil bukan hanya bergantung kepada pendidikan formal, tetapi apa yang mereka lalui sepanjang hari. Kanak-kanak belajar dengan bermain. Jadi, jangan menidakkan peluang mereka untuk bermain. Mainlah Adam puas-puas :)

Tengah pilih toys.
Semasa entry ditulis, sedang dipangku oleh mama sambil main ultraman.

16 comments:

  1. tahniah kerana anda ibu terbaik!!

    ReplyDelete
  2. ya.... setiap ibu adalah yang terbaik utk anak masing2

    ReplyDelete
  3. okeh dah besar sikit nak ajar Mifz mewarna or melukis..skrg nih semuo bendo dia pegang dio masukan dalam mulut..hehe

    ReplyDelete
  4. Kena tunggu masa yang sesuai la papa

    ReplyDelete
  5. heheh..mmg kena sediakan kertas utk si kecik melukis dan mewarna..jgn nnt dinding2 rumah menjadi tempat si kecil menunjukkan hasil kreativiti mereka ya..:p

    ReplyDelete
  6. Betul chii... Kena prepared. Kalau xsediakan kertas banyak, dinding kan luas.... Hahaha

    ReplyDelete
  7. bertuah mama adam ni , mama adam ade belajar apa2 pasal kids ke ?

    ReplyDelete
  8. Takde la belajar. Cuma rajin jugak membaca pasal kanak2 ni. Mana2 yg senang, boleh apply

    ReplyDelete
  9. reason saya hantar anak awal ke tadika sebab utamanya nak dia berkawan. kenal2 orang. tak ada la kenal just sepupu2nya tu. at least dia ada aktiviti nak buat tadika. kalau kat rumah nnt dok mengusik adik dan dia kena marah je. hehehe...

    ReplyDelete
  10. Anisalya : adam saya hntr g nursery. Ramai la kawan masa siang. Balik umah yg dia mati kutu kot.... Nk main lasak2, mama dia malas

    ReplyDelete
  11. heheh..ni mesti da ada pengalaman adam wat mural kat dinding kan :p

    ReplyDelete
  12. Chii : hahaha... mural kt dinding, xde. once mama tgk dia start nk menconteng, terus sediakan kertas. so, dinding bebas mural :)

    ReplyDelete
  13. alisha skrg ni dah mula star belajar melukis... sy bg dia guna sketcher.. pnsel warna dah beli tp blm apply lg... sbb tkt dia msk mulut..hihii

    tp time b2 dgn dia, bg gak dia guna :-)

    ReplyDelete
  14. Ok lah tu mama. Janji ada aktiviti dengan dia. Lepas la gian... Xde la teringin je nk wat mural kt canvas besar ( dinding rumah )

    ReplyDelete