Plan Aktiviti Untuk Januari & Febuari 2012

Untuk bulan Januari  ngan Febuari ni, rasanya mama nak start dengan alphabet parade ( hihi... nama glamour ). Nak kenalkan cara menulis alphabet yang betul kepada Adam. Rasanya aktiviti ini boleh dibuat dengan sangat santai. Penekanan adalah huruf kecil sahaja. Menulis. Adam memerlukan banyak aktiviti penulisan. Sama ada line tracing, dot tracing, free writing atau mungkin mama boleh mulakan dengan Adam menulis di atas garisan? Mungkin nampak mudah, tetapi, mama rasa biarlah Adam selesa free writing dahulu. Tulis di udara pun boleh. Asal tahu macam mana nak menulis :)

Mengenal Alif Ba Ta. Kadang-kadang Adam bawa juga buku Iqra' dia untuk mama ajarkan. Cuma, rasanya, mama nak kenalkan huruf tu la dulu. So, mama rasa, kita nyanyi la dulu. Mama akan buat macam mama ajar Adam ABC dulu-dulu. 

Kenal nombor. Adam boleh kenal nombor 1 - 10 dengan baik. Juga telah didedahkan dengan nombor 1 - 100. Cuma, mama rasa disebabkan tiada aktiviti pengukuhan, maka agak tidak strong nombor di atas 10. Yang ini bergantung kepada kemampuan kami. Mama tidak letak target yang tinggi. Mungkin hanya mengukuhkan 1 - 20 sahaja dulu. Tambah, tolak? Belum lagi....

Melihat jam. Yang ini perlu diperkukuhkan. Setakat ini, Adam cuma telah tahu jam genap dan setengah jam. Mungkin mama boleh ajar untuk 15 minit dan 45 minit dahulu. Tunggu dan lihat.

Mama pun tak tahu sama ada sasaran ini terlalu banyak atau terlalu general. Cuma, mama perlukan guideline apa yang perlu dilakukan. Meanwhile, mama akan tetap teruskan dengan readeasy.

4 comments:

  1. hahaha..entry mcm nk mengamuk je ni. byk plan nih. chaiyokkkk mama n adam

    ReplyDelete
  2. eikk? entry mengamuk? apsal pulak entry mengamuk? asalnya plan tuk Januari. Tapi x start lg ni... so, tambah la ngan Feb pulak. Hahaha

    ReplyDelete
  3. wah mmg byk plan nie..semoga berjaya..chaiyok adam..:)

    ReplyDelete
  4. Puan kutu : memang banyak.... Guideline aje. X dpt semua x pe. Tapi, kalao boleh nk la achieve smthing. Part writing tu yg mama rasa kritikal sgt.... Yg lain, ok kot

    ReplyDelete