Berlalu Sudah 2 Minggu Di Bulan Januari

Bulan Januari 2012 akan masuk ke minggu ketiga. Nampaknya anak mama masih belum bersedia lagi untuk menerima pendidikan formal secara tidak formal dari mamanya. Plan mama itu, mama akan tetap maintain. Ambil la masa, jika masih belum bersedia. Wishlist tu, mama boleh carry forward hingga ke akhir tahun. Cuma, mama perlu menukar kaedah / pendekatan yang mama buat sebelum ini. Atau mungkin mama perlukan target yang baru.

Sehingga ke hari ini, tiada sebarang pembelajaran formal dengan mama. Mama akan cuba selitkan ketika Adam tidak sedar. Bermakna melalui a lots of games. So, sasaran baru adalah memperbanyakkan menyanyi lagu / nursesry rhymes yang telah lama mama tinggalkan. Kami hanya menyanyi lagu-lagu yang common sahaja, like baa baa black sheep (fav Adam) ngan sesekali dengan satu atau dua lagu lain. So, nampaknya, from now on, kita akan menyanyi la ye. Izinkan mama untuk berjalan2 di youtube mencari lagu. Actually, mama ada buku ni. Di beli di zaman Adam masih tidak boleh bercakap. So, sekarang, mama akan berkawan dengan buku ni la. At least, mama boleh focus kepada listening dan pronounciation Adam. Juga mama akan cari lebih banyak video mengaji.




Sememangnya kanak-kanak belajar melalui apa yang mereka suka. Alhamdulillah, video ni telah membantu Adam mengenal alif baa taa. Walaupun sebenarnya, mama tidak pernah mengajar Adam mengaji.

Juga mungkin mama akan selitkan sedikit cerita-cerita tentang nabi ketika kita selesai solat. Macam wan buat kat mama dulu-dulu. Sapa tak solat, tak boleh dengar cerita :)

Actually, membaca adalah rutin Adam - read aloud. Setiap malam, Adam akan mengambil buku dan ajak mama membaca. Dulu, kami hanya melakukan aktiviti ini dengan seronok. Mungkinkah, mama agak menekan sekarang? Atau mungkinkah toys yang baru dibeli itu yang menyebabkan Adam ketagih untuk bermain? Ini satu perkara yang perlu mama lihat. Mama merasakan tiada apa yang berubah di dalam cara mama ( kecuali mama semakin malas di sebabkan kepenatan ). Atau mungkin ekspresi muka mama yang nampak letih, maka Adam pun jadi malas. Atau ia hanyalah satu proses semula jadi kanak-kanak di dalam men digest apa yang dah dipelajari selama ini? Mama tidak pasti, cuma mama akan berusaha untuk membuatkan aktiviti Adam lebih menyeronokkan.

4 comments:

  1. bagusnya mama adam nie, rajin dan bijak.hehe..

    aiman pun ada cd n buku lagu macam tu..:)

    ReplyDelete
  2. owh... meh la aiman nyanyi dengan adam. sian adam xde kawan.

    ReplyDelete
  3. buku2 cmni..xde lg dlm koleksi chii di rumah..tp kalo anak buah dtg umah..chii suka tunjuk buku ttg haiwan..mmg dorg sgt interested

    ReplyDelete
  4. Ok lah tu..., budak2 mmg suka buku ttg haiwan. Adam pun suka. Kalo superhero... Laaaagi suka

    ReplyDelete