Tips Memilih Tadika

Sekarang musim cuti sekolah. Tapi, mama dapat lihat banyak tadika yang berlumba-lumba mempromosikan tadika masing-masing. Maklumlah tak lama lagi sesi baru akan bermula. Teringin juga memberi my point of view berkenaan tajuk ni. Mungkin mama lebih sesuai untuk menulis bagaimana nak memilih taska. Sebab Adam baru masuk taska. Belum tadika lagi.

Tapi, next year Adam dah empat tahun. Mama rasa macam nak enroll kan Adam ke tadika masa umur 5 tahun nanti. So, tadika apa yang menjadi pilihan? So, these might be my concern for now.

  • Yang paling utama - dekat dengan office mama

Kenapa? Senang mama nak menjenguk jika ada apa-apa. Akan menyenagkan kedua pihak. Mama senang nak hantar Adam dan terus ke office ;)

  • Islamik education

Kenapa? Kerana pengisian rohani amat penting untuk anak-anak menghadapi cabaran masa depan. Mama memang kurang / belum menekankan soal pendidikan agama, tetapi sebenarnya, mama pernah bercita-cita supaya Adam khatam Al-Quran sebelum masuk ke darjah 1. Oleh itu, tadika Islamik sekurang-kurangnya akan dapat membantu mama mengatasi kekurangan/kelemahan mama.

Untuk memilih tadika yang Islamik, bukan perlu dilihat pada anak-anak yang bertudung /berkupiah. Tapi, dilihat dari segi pencapaian anak-anak itu sendiri. Mama telah bertanya kepada beberapa parents di satu tadika yang berdekatan dengan office. Alhamdulillah. Anak-anak mereka dapat membaca muqaddam dan mengerjakan solat dengan baik dengan hanya belajar di tadika ( tak aci jika parents mengajar di rumah ).

  • Persekitaran yang selamat

Tadika perlulah mempunyai pagar dan berkunci. Isu keselamatan penting. Takut pula jika ada orang yang tidak sepatutnya menceroboh masuk.

  • Berlesen

Pastikan tadika berlesen JKM.

  • Makanan

Tanya / rujuk menu makanan yang disediakan. Pastikan anak mendapat makanan berkhasiat.

  • Playground

Ada ruang / laman untuk anak-anak bermain. Jangan lupa, anak-anak belajar dengan bermain.

  • Yuran

Yurannya perlulah berpatutan. Ini juga aspek penting di dalam memilih tadika. Ada tadika yang mama rasakan sangat mahal, ada juga tadika yang mahal tetapi bersesuaian dengan servisnya, juga ada tadika yang berpatutan. Yang ini, kena intai poket, lihat isinya.

  • Sikap guru-guru

Guru tadika perlulah lemah lembut dan penyayang. Takkan anak hendak ditinggalkan dengan guru yang terlalu garang. Sudahnya, anak akan takut dan tidak gembira ke tadika. Guru juga perlulah sentiasa positif, membangunkan keyakinan diri anak-anak. Bukan guru yang membandingkan siapa cerdik, siapa kurang.

  • Guru berilmu

Sekurang-kurangnya, guru tadika telah mengikuti kursus JKM. Ini untuk memastikan guru tersebut ada ilmu di dalam menangani kanak-kanak. Mama pernah ke satu taska/tadika yang agak terkenal di kawasan mama. Pengasuhnya garang. Mencampak permainan sesuka hati ke KEPALA BAYI. Bila ditegur, katanya, bayi tersebut tak sakit. Aduhai.... Kesian Adam kerana mama terpaksa hantar ke sana dulu - antara punca mama cepat-cepat pindahkan Adam ke taska yang lain.

  • Pengisian selain akademik

Pastikan tadika tidak mempunyai jadual yang terlalu ketat. Selain akademik, kanak-kanak perlu belajar cara-cara untuk bergaul, berkongsi, dll yang akan dapat dicapai melalui bermacam-macam permainan atau aktiviti berkumpulan. Lagipun, mama beranggapan, jadual pembelajaran yang ketat akan membunuh sifat semulajadi kanak-kanak yang suka belajar.

  • Ratio pelajar dengan guru

Ini juga faktor penting. Memang la kita tak mungkin dapatkan ratio 1:1. Tapi rationya mestilah memadai. Jika terlalu ramai, nampaknya, akan ada kanak-kanak yang tercicir. Asalkan ratio nya mengikuti garis panduan JKM ( lagi kurang lagi baik ), boleh dipertimbangkan. 
Dilema sebenarnya di dalam memilih tadika untuk anak. Takut di dalam persaingan antara tadika-tadika, semuanya berlumba menghasilkan pelajar bijak pandai. Mama risau jika anak kecil merasa terbeban semasa di tadika. Risau jika bebanan itu di bawa sehingga ke sekolah. Mama mahu Adam seronok belajar. Tidak mahu homework yang banyak ( ada tadika yang memberi terlalu banyak homework! ). Cukup la sekadar satu / dua worksheet sehari. Tiada homework pun ok :) 
Ada setahun/dua tahun lagi sebelum Adam ke tadika. Priority mama mungkin berubah, namun inilah guideline yang akan menjadi asas pertimbangan mama. Owh ya, mama belum pernah melihat / survey silibus prasekolah. Jika silibus menarik, mungkin ia satu option yang baik.

9 comments:

  1. gugurl momma baru 2 tahun.. pada masa akan dtg momma akan refer pada blog ini.. mmg 1 info yg sgt membantu.. sbg ibu pasti kita nak yg terbaik utk anak2 kita.. all the best mama adam... dah tgk silibus prasekolah nti share kat blog tau.. hehe..
    sharing is caring.. :))

    ReplyDelete
  2. resgistered with JKM sangat penting..sbb with registration, JKM akan pantau & pastikan cikgu2 semua dilatih..and the other things will come in accordance..=)

    ReplyDelete
  3. salam dari mama..thanks sudi singgah !!..ya skrg ni ada byk pilihan utk menghantar anak ke tadika ,ada masa lagi utk memilih tadika mana yg terbaik buat adam..

    ReplyDelete
  4. Mama aini : thanks. Memang banyak. Cuma kadang2, kita kena setkan apa priority kita sendiri.

    ReplyDelete
  5. thanks mama adam for this helpful entry...bole la jd panduan buat mama2x kat luar sana (incl.me) bila nak memilih taska/tadika utk anak2x nanti..;-)

    ReplyDelete
  6. Umie : pening jugak nak memilih. Banyak sangat kat tepi2 opis ni.

    ReplyDelete
  7. yup..kite pun nak hantar darwisy umur die 5 tahun..rase kalo 4 tahun dah antar..takut nnti die boring lama2 kat tadik.. :)

    ReplyDelete
  8. Hmmmm... Baru amik adam dr nursery. Tadi tanya2 juga kt nursery. Rupa2 diorng ada tadika utk budak 5-6 tahun. Heee.... Bagus nih. Mudah utk mama....

    ReplyDelete