Kenapa Mama Suka Read Aloud


Mama bukan guru juga tiada pengalaman atau sijil untuk mengajar anak kecil. Tapi mama adalah ibu yang percaya bahawa setiap ibu adalah guru terbaik untuk anaknya. Mama juga bukanlah suri rumah sepenuh masa. Seorang pekerja yang bekerja makan gaji. Keluar rumah di awal pagi ( sekarang tidak terlalu awal ), dan sampai ke rumah dalam jam 7 petang jika tiada mesyuarat petang. Perjalanan menempuh jem setiap hari hampir satu jam dengan kadang kala mencecah sejam setengah. Sangat meletihkan. Sampai di rumah, mama perlu bergegas menyiapkan makan malam. Selesai makan, barulah aktiviti malam mama bersama Adam akan bermula sebelum papa Adam pulang pada jam 10 malam. Selepas itu, turn papa untuk bermain bersama Adam.

Letih sebenarnya. Itu sebab utama mengapa mama mementingkan read aloud bersama Adam. Owh... sesi read-aloud bersama Adam bermula sejak bayi
Kerana ia adalah aktiviti pembelajaran yang termudah sekali. Hanya memerlukan reading material + anak dan ibu yang bersedia untuk membaca dan mendengar pembacaan.
Alhamdulillah ianya telah menjadi satu rutin wajib untuk mama dan Adam. Jika mama tidak memanggil Adam untuk membaca kerana terlalu letih, Adam akan pilih sendiri buku dan meminta mama bacakan. Setidak-tidaknya, mama berjaya memupuk sikap suka membaca ke dalam diri Adam.

Selain itu, mama merasakan ada satu bounding yang kukuh di antara mama dan Adam. Seronokkan jika orang yang disayangi duduk rapat-rapat dan membacakan buku untuk diri kita. Selalunya mama akan mulakan dengan bertanya apa yang Adam tahu berkenaan cerita di dalam buku itu. Dan, mama mulakan pembacaan dengan menunjuk satu persatu perkataan di dalam buku tersebut. Soal jawab yang berlangsung akan memberikan satu quality time untuk kami berdua.

Banyak vocabulary baru yang dapat diperkenalkan kepada Adam. Mama agak terkejut juga bila Adam bertanya " Mama, earth ni dah mati ke? ". Mama jawab belum. Kita tinggal di planet earth. Adam menjawab, " Pluto je yang mati kan mama ". Pembelajaran tentang planet ni sebenarnya dah terlalu lama. Tak sangka masih tertinggal di fikiran Adam. Walaupun tidak mengikut susunan, Adam masih ingat akan beberapa planet yang wujud di alam ini. Tanpa pembacaan, mungkin mama agak kurang kreatif untuk menceritakan perihal planet kepada Adam. Secara tidak langsung, aktiviti read aloud ini juga bagus untuk meransang listening skills, language dan juga memory Adam. Juga untuk pembentukan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.

Dan yang terpenting, pembentukan self esteem yang baik. Kerana Adam tahu yang dia disayangi.

Sesi pembacaan kami tidak lama. Jika lama, mama takut Adam akan bosan untuk membaca. Mama juga akan bertanya sebelum setiap sesi. Jika Adam menjawab dia tidak mahu membaca, maka, mama akan tutup buku. Adam masih kecil. Proses pembelajaran harus dilakukan dengan gembira tanpa paksaan. Mama juga tidak akan menghabiskan pembacaan sebuah buku yang penuh dengan gambar-gambar illustrator menarik di dalam satu sesi. Satu muka surat mungkin hanya mengandungi satu atau dua ayat ringkas. Selalunya sebuah buku yang nipis akan habis dibaca di dalam masa satu minggu. Hanya flashcard sahaja yang mama boleh habiskan di dalam satu sesi ( max 8 cards dalam satu siri, dengan satu ayat ringkas pada setiap card ).

Kerana merasakan Adam masih kecil, mama tidak memberikan penekanan untuk mengajar Adam membaca. Cuma lately, mama perkenalkan phonics kerana Adam akan mencecah umur 4 tahun pada tahun hadapan. 

13 comments:

  1. nice sharing ... ekceli bukan susah sgt nk wat aktiviti bonding dgn ank ni kan .. :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Senang dan mudah. Tidak melibatkan kos pun. Asalkan niat nak buat, pasti jadi

    ReplyDelete
  3. thanks for the info..mmg best kan..siti pun ibu yg bekerja jugak..adam sebaya ngan darwisy..insyaALLAH sy akan praktikkan..

    ReplyDelete
  4. utk jd mak yg baik, terpaksa ketepikan "Malas" dan "Penat" kan. Tak apa. Hrp2 dpt Bonus Akhirat di sana nanti.

    ReplyDelete
  5. Ibu darwisy - buat apa yg termampu sahaja. Lagipun, budak lelaki ni buas. Penuhkan masa. Kalau tak, cepat aje dia bosan.

    Ella - memang. Cuma bila terlalu letih tu, faham2 ajela. Tapi, masa sejam perjalanan balik kerja juga boleh dimanfaatkan. Mama hantar adam ke nursery dekat dengan opis. So, perjlanan balik tu, sempat juga la KALAU nak mengajar. Hahah

    ReplyDelete
  6. clever boy!i ni selalu skip reading..busy sangat lately..hihi

    ReplyDelete
  7. deena awanis : xpe la u... buat yang termampu. lagipun, ibarat supplement. yang detail, dia belajar kt tadika :)

    ReplyDelete
  8. betul tu... anak2 mmg suka mcm ni n mmg ni cara yg bagus pun utk anak2 kita.. ;-)

    ReplyDelete
  9. Boleh la intan. Sekurang2nya, ada juga kita selitkan membaca sikit2

    ReplyDelete
  10. tak de lah susahkn cuma kna slalu istiqamah. bagusnya adam ;D

    ReplyDelete
  11. So shy lady : betul tu. sikit2, lama2 jadi bukit.

    P/s : dh itu je mamanya tahu buat :)

    ReplyDelete
  12. cutenya adam yang kat siniiii....geram aunty tengok dari atas nie ha...kecik2 dah rajin belajar...comellahh

    ReplyDelete
  13. sheila : samalah ngan Adam kt sana. cute juga :)

    ReplyDelete