Develop Fine Motor Skills

Fine motor skills. Kemahiran motor kasar dan halus adalah persediaan awal untuk kanak-kanak mula menulis. Ia meliputi cara menggenggam, mengawal pergerakan kaki dan tangan. Jika kemahiran fine motor kanak-kanak itu bagus, maka, aktiviti-aktiviti seperti makan menggunakan sudu dan garfu, memakai dan membuka baju sendiri, lacing, membuka butang dan lain-lain aktiviti harian akan dapat dilakukan dengan mudah. Kadang-kala mama terlupa untuk memberi penekanan kepada pembangunan fine motor skill Adam.

Lihat contoh di bawah. Line tracing Adam tidak smooth. Ini adalah satu bukti yang nyata bahawa fine motor skills Adam masih lemah. Begitu juga semasa mama bersekolah dulu. Ada kawan yang tulisannya cantik. Ada pula yang tulisannya agak buruk. Rupa-rupanya, inilah puncanya.


Mula-mula melakukan line tracing - garis lurus pun susah :)

Setelah dua minggu - ada perubahan. 

So, bagaimana mama boleh membantu Adam? Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu kanak-kanak untuk mengukuhkan fine motor skills mereka. Perlu sabar dan kreatif untuk mencuba pelbagai aktiviti dengan anak. Macam Adam, kalau buat line tracing, hanya satu atau maksimum dua worksheet yang dia sanggup buat dalam sehari. Itupun mungkin satu atau dua hari sahaja.

Begitu juga dengan pin poking activity. Baru tiga kali dapat dipraktikkan. Walaupun mama bercadang untuk melakukan aktiviti ini dengan kerap.

Aktiviti menggunting pula, memang menarik minat Adam. Cuma, pada peringkat ini, hanya menggunting free cutting.
Lain-lain aktiviti yang promote fine motor skills ini adalah lacing activity, origami, membentuk playdoh, mengoyak kertas, bermain puzzle, menggunakan alat kawalan jauh ( main remote control car ) dan juga terdapat beberapa aktiviti fizikal seperti merangkak dan menjulur.
Mama berharap agar apa yang mama lakukan sekarang ini akan memberi manfaat kepada Adam.

p/s : mama terpaksa membantu Adam untuk membuka baju sendiri hampir setiap kali. Harap-harap, lepas ini, Adam boleh membuka baju sendiri dengan MUDAH.

2 comments:

  1. mama adam, nak tanye la, lacing tu ape?

    ReplyDelete
  2. Lacing tu macam menjahit. Tebuk2 lubang, biar anak sulam benang or riben dalam lubang2 tu.

    ReplyDelete