Cara Untuk Melakukan Aktiviti Think Aloud Di Rumah

Think Aloud. Sekarang ramai yang dah beralih dari read aloud kepada think aloud. Mama juga telah mula praktikkan. Ia satu strategi yang bagus untuk menggalakkan pemikiran aktif anak-anak semasa membaca. Tak de la mama dia baca sorang-sorang, anak melopong aje mendengar. Heee.

Think aloud ni mudah sahaja. Ada orang yang sebenarnya mengaplikasikan think aloud semasa dia read aloud. Huh? Berbelit rasanya. Dua-dua strategi ni sebenarnya saling berkait. Read aloud adalah sebahagian dari think aloud.
Apa sebenarnya yang mama lakukan dengan Adam? Mudah sahaja. Mama pilih aktiviti yang mama rasa mudah pada tahap Adam. Banyak lagi cara melakukan think aloud, cuma mama rasakan, Adam belum bersedia. Kiranya ini think aloud tahap basic untuk beginner la.

Pada sesi read aloud, mama tunjukkan dahulu kulit buku kepada Adam. Kulit buku untuk kanak-kanak kan bergambar. So, mama akan minta Adam ceritakan dulu berkenaan gambar tu. Cerita budak-budak ni, kadang-kadang agak merapu. Teruskan sahaja. Jangan sekat. Sebab, anak sedang berimiginasi. Bagus juga untuk perkembangan otak kanan.

Sambil-sambil baca tu, di mana sesuai mama akan stop sekejap. Masa ini digunakan untuk membuat prediction. Contohnya macam ni. Kalau pakai buku Tom Tiger ni, mama akan tanya " Tom Tiger ni, baik atau nakal? ". Kalau anak jawab baik, tanya kenapa baik. Kalau tak baik, tanya juga kenapa. So, fikiran anak terpaksa berfikir sedikit untuk men digest apa yang telah mama dia bacakan.

Nanti dah habis, suruh anak buat summary. Summary simple-simple sahaja. Jangan la expect summary yang hebat-hebat. Kalau dia summarize macam ni pun dah cukup. " Tom Tiger suka sepah barang. Tak baik sepah-sepah. Lepas main kena kemas ".

2 comments:

  1. so cute!!x sabar nak apply to rafique..tapi kena tunggu dia boleh bercakap dulu lah..rafique skrg cakap sepatah2 jer..

    ReplyDelete
  2. cakap sepatah-sepatah. sweetnya teringatkan masa dulu. nanti dah besar mcm Adam, wah.... banyak mulut!

    ReplyDelete