Teaching Toddler To Tell The Time

Mama rasa sudah masanya Adam belajar tengok jam. Kenapa? Sebab Adam dah mula curious pasal waktu. Semua ini gara-gara menonton The Walking Death di Star Movies. Movie ni ditayangkan pada jam 11 malam Sabtu. So, malam-malam, Adam akan tanya, " Dah pukul 11 ke? ". Apa yang mama perhatikan, Adam dah tahu macam mana rupa pukul 11. Kalau pukul 11 pagi pun dia tahu.

Begitu juga dengan pukul 9. Dipengaruhi oleh siri Masterchef Malaysia.

So, nampaknya, Adam sudah ready untuk belajar melihat jam. Mama ada a few ideas macam mana nak mengajar tentang masa. Idea ni, kita reserved untuk tahun depan.

Buat masa ini, biar mama bagi intro sahaja pada Adam. Kita akan belajar untuk lihat jam pukul 1 - 12 dahulu. Cukup sebagai intro. Kemudian, baru mama akan tambah-tambah dengan minit-minit yang lain.

Dan, Tick Tock Time dari Magic English juga membantu. At least, mama juga tahu yang Adam dah tau lihat pukul 12.

Roughly, mama kena ajar jarum jam, minit dan saat dulu.


Wow, kadang-kadang terasa terlalu banyak nak diajar. Kadang-kadang, masa macam tak cukup sahaja. Dengan tiada perancangan teliti, memang mama tak cukup masa. Belum lagi nak menyelitkan dengan Iqra' yang juga telah berzaman dibeli. Juga dengan hafazan ayat-ayat mudah dan ringkas. Ya Allah, permudahkanlah jalan kami. Kuatkan semangat mama supaya tidak melepek sahaja setelah balik kerja.


Godek punya godek di rak buku Adam, mama jumpalah ini. 


Owh, sangat sesuai pada masanya. Nampak sangat mama suka membeli buku. Rasanya, buku ni pun, dah bertahun ni mama beli :D

2 comments:

  1. Mak pun suka beli buku untuk anak2 mak. Mgkin sbb derang dari dlm pewot lagik mak dah suka membaca, so now..beli buku tu lbh banyak dan kerap dr membeli jajan or toys

    P/s: Hakikatnya,mmg mak sgt2 jarang beli toys masa derang kecik2..so, lbh kpd beli bukulah.

    ReplyDelete
  2. Tak membazir belikan buku ni kan mak. Mak pun rajin.... bila nak grad mak?

    Adam banyak toys la dari buku. Sebab , kalau keluar, toys wajib beli untuk dia. Cuma kalau pergi book store je dia merengek nak buku.

    Memang mama reserved duit each month untuk buku Adam. Untuk toys, sayang. Rasa membazir. Papa dia yang belikan toys.

    ReplyDelete