Pin Poking Activity

Pin poking activity. Ini juga akiviti yang promote fine motor skills. Tapi, mama tak pakai pin la. Takut. Nanti Adam besar sikit, boleh la pakai pin. Buat masa ini kita pakai lidi sate sahaja.
So, apa faedah pin poking? Ia mengajar kanak-kanak untuk lebih fokus dan berhati-hati dengan pin yang tajam agar tidak tercedera. Ia juga membantu develop pincer grip dan koordinasi tangan yang bagus.
Pin poking ni, mama letak atas polisterin, dipotong saiz A4. Of course la menarik minat Adam, sebab mama guna gambar ultraman baby. Cute. 


Utk first timer, ok la juga walaupun ada sikit-sikit yang tersasar.


The processes.










Sedang dalam proses tu, tiba-tiba mama tersedar. Lor... susah payah cari lidi sate, sebenarnya, mama boleh guna pensil yang tajam utk beginner.

End result.



p/s : Alhamdulillah, Adam managed to finish his ultraman pin poking. Risau juga, sebab mama guna picture saiz besar. Takut Adam jemu. Luckily, mama pilih gambar ultraman, so, Adam fokus buat. Sambil nyanyi-nyanyi lagi :D

4 comments:

  1. thanks ye mama adam, menarik gak aktiviti ni.. boleh cuba buat kat syafi

    ReplyDelete
  2. mama pipie, cuba la.... tengok pic Adam tu, dia genggam betul-betul lidi tu. Kira belum betul la cara dia pegang lidi tu.

    ReplyDelete