Kalimah Syahadah

Minggu ni, harap-harap mama rajin sikit. Mama nak ajar Adam mengucap dua kalimah syahadah. Opss... Lambatnya. Ya, mama terlewat. Dalam sibuk nak mengajar anak membaca, mengira terlupa nak ajar benda basic. Sorry Adam. Mama akan perbetulkan.

Sebenarnya, mama nak ajar Adam menghafal surah Al-Fatihah. Teringat pula pada kalimah syahadah. Insya Allah kita akan mulakan.

So, mama akan review our weekly worksheet plan supaya masuk elemen-elemen wajib ni. Disamping mengajar Adam, dapat juga mama belajar. Semoga dipermudahkan Allah. Aminn...

Rukun Islam, Rukun Iman ni, patutnya mama dah ajar. Maybe mama ambil for granted. Begitu juga dengan solat. Mama take for granted. Adam hanya tunggang terbalik ikut apa yang papa buat. Tapi, tak diajar membaca bacaan dalam solat. Insya Allah, niat baik tuhan akan bantu.

Inilah kelemahan bila mengajar main tangkap muat. Mama ada set 'Iqra, flashcard jawi etc. Material banyak. Tapi, bila semua tu tak dirancang, tertinggal. Lupa. Untuk permulaan, kita akan belajar ini minggu ni.


AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH


Bila terkenang ketidakmampuan mama, rasa-rasa bila Adam masuk tadika nanti, kena hantar ke Islamic based punya tadika. Entah la.... Ada satu tadika dekat-dekat sini, tapi, mama belum pernah tengok bagus atau tidak. Teringin juga menghantar ke GA.  

No comments:

Post a Comment