Readeasy Volume 1 - phonics

Masih dengan volume 1, sudah seminggu ( secara tepatnya 4 hari ) Adam bermain-main dengan volume 1 ini. Semua perkataan di dalamnya sudah boleh dibaca. Mama tidak bercadang hendak mulakan dengan buku yang baru. Cukuplah sekadar kita buat latihan pengukuhan supaya Adam benar-benar faham cara untuk sound out the words.


Disebabkan mood Adam nampak kurang ceria ( mama lupa nak belikan mash potato yang dijanjikan semalam - tapi, mama dah minta papa belikan. Lambat la sikit.... ), so, setelah sesi read aloud bersama Adam, mama saja-saja ambil ipad.





Tetiba teringatkan bamboo paper di dalamnya. So, apa lagi. Kami main dengan words di dalam volume 1. Dapat juga kami meneruskan buku ni pada hari ini dengan santainya di atas tilam. Syukur. Walaupun technology di rumah ini ( PSP, xbox ), kadang-kadang mengganggu pembelajaran kami, syukur lah masih ada part yang dapat membantu mama. Kalau diikutkan hati, mahu mama sorokkan semuanya. Untuk PSP Adam, sorry la, mama tak tahu di mana chargernya. Mama tak sorok, tapi baik juga kalau kita tak jumpa. Sebab, Adam akan lebih fokus dengan mama.

Teaching Toddler To Tell The Time

Mama rasa sudah masanya Adam belajar tengok jam. Kenapa? Sebab Adam dah mula curious pasal waktu. Semua ini gara-gara menonton The Walking Death di Star Movies. Movie ni ditayangkan pada jam 11 malam Sabtu. So, malam-malam, Adam akan tanya, " Dah pukul 11 ke? ". Apa yang mama perhatikan, Adam dah tahu macam mana rupa pukul 11. Kalau pukul 11 pagi pun dia tahu.

Begitu juga dengan pukul 9. Dipengaruhi oleh siri Masterchef Malaysia.

So, nampaknya, Adam sudah ready untuk belajar melihat jam. Mama ada a few ideas macam mana nak mengajar tentang masa. Idea ni, kita reserved untuk tahun depan.

Buat masa ini, biar mama bagi intro sahaja pada Adam. Kita akan belajar untuk lihat jam pukul 1 - 12 dahulu. Cukup sebagai intro. Kemudian, baru mama akan tambah-tambah dengan minit-minit yang lain.

Dan, Tick Tock Time dari Magic English juga membantu. At least, mama juga tahu yang Adam dah tau lihat pukul 12.

Roughly, mama kena ajar jarum jam, minit dan saat dulu.


Wow, kadang-kadang terasa terlalu banyak nak diajar. Kadang-kadang, masa macam tak cukup sahaja. Dengan tiada perancangan teliti, memang mama tak cukup masa. Belum lagi nak menyelitkan dengan Iqra' yang juga telah berzaman dibeli. Juga dengan hafazan ayat-ayat mudah dan ringkas. Ya Allah, permudahkanlah jalan kami. Kuatkan semangat mama supaya tidak melepek sahaja setelah balik kerja.


Godek punya godek di rak buku Adam, mama jumpalah ini. 


Owh, sangat sesuai pada masanya. Nampak sangat mama suka membeli buku. Rasanya, buku ni pun, dah bertahun ni mama beli :D

Readeasy - phonics

Buku ni, mama beli 2 tahun lepas. Hehehe... sudah lama, yet masih belum dibaca. Apa kes? Sebab mama hanya tekankan read aloud session sahaja dengan Adam. Mama kurang bagi penekanan untuk ajar Adam membaca. Sekarang, mama rasa masanya sudah tiba untuk anak mama membaca.

Kita akan habiskan buku ni. Ada 8 buah semuanya. Actually, mama masih lagi bermasalah untuk menerangkan blending phonics dengan Adam. Adam boleh la sebut satu-satu bunyi huruf, but in terms of blending, nampaknya masih lemah. Will work it out. Sebab, mama rasa once Adam dapat master the blending things, then, Adam akan dapat membaca dengan lancar. Sekarang ni, walaupun Adam tidak tahu mengeja sesuatu benda, dia tahu benda tu start dengan huruf apa. Thanks to phonics.

Buku Readeasy Volume 1. Untuk very-very-very beginner. Nak review sikit la pasal volume 1 ni. Volume 1 ini memberi penekanan kepada huruf "c", "a", "t","o","b". Cara penyampaian adalah sangat-sangat simple, dan sesuai la. Kiranya, pendek dan ringkas. Tak sempat la budak nak rasa bosan ( unless kita yang paksa dia ).



Sangat menjimatkan. Letak satu page protector, lepas tu, boleh buat macam-macam aktiviti menggunakan buku ni. So, sesi membaca pun takde la plain je. Enjoy!

Besides buat sesi ni plain macam kisah cikgu dan anak murid zaman dulu ( cikgu garang ), mama buat games dengan Adam. Adam diberi marker pen, dan mama suruh la bulatkan perkataan yang mama sebut. " CAT colour red ". So, Adam akan buat. Kalau salah, dia betulkan sendiri. Kira macam write and wipe book la. But cheaper version.

Dan nampak jugak keberkesanan phonics. Jika Adam tak tau eja certains words, mama minta Adam sebut word tu start dengan huruf apa. Usually, budak akan dapat sebut dengan tepat. So, senang la :D

Aktiviti Melipat Baju

Adam membantu mama melipat baju :D



Homemade Playdough

Hari ni, pagi-pagi hari lagi kami dah start dengan projek baru. Nak buat playdough. Hehehe.... First time nak mencuba. Selain main playdough macam yang Adam selalu buat, playdough ni sebenarnya ada banyak lagi kegunaannya. Ia boleh jadi tools pembelajaran yang menarik dan sangat berguna.

Macam-macam yang kanak-kanak boleh belajar. Contohnya, counting, buat shapes, measuring, cooking etc dengan playdough. Kami tak buat apa-apa aktiviti for now. Sebab, mama cuma nak try buat playdough. Of course la bersama Adam. Adam yang membantu mama menguli dan mencampurkan pewarna. 





Hasilnya nampak agak cantik, tetapi lembik sedikit. Mama guna resepi ini



Disebabkan terlalu lembik, mama alter la sedikit. Dough tu, mama campur sedikit cream of tar-tar dan panaskan sekejap di atas api. Hasilnya, playdough menjadi sedikit keras. 




So, next time, mama boleh cuba lagi dengan resepi yang lain dan prepared dengan material untuk dibuat bersama playdough. 
Untuk hari ini, happy cooking Adam!



Learning Cycle


Learning cycle ni, ada pasang surutnya. Satu masa, Adam sangat suka menulis. Di masa yang lain, Adam suka membaca. So, mama kena follow mood Adam. Kadang-kadang pula, Adam hanya nak bermain pula. Mainnnn all the time. Ini pun, mama kena follow juga. Cuma, mama malas sikit la nak main dengan Adam. Kalau main playdough ke, main board games ke, boleh la. Tapi selalunya Adam nak main ultraman, fight-fight. Part tu, mama surender. 

Kalau ikut kajian, ada masa bila kanak-kanak akan ready for more and more and more. Dan ada masa pulak, mereka really need a break from daily routines. Supaya mereka ada masa untuk men digest apa yang telah diperlajari. So, pada masa ini, tak guna la kalau kita nak try bagi input-input baru. Hahaha... alasan untuk bercuti :D

Teach Children How To Sound Out A Word

 

Article asal di sini.

Teach strategies that will help improve students' reading skills, comprehension and confidence in class. 
When reading with children, inevitably they will come across a word they do not know. 
Do not simply say the word. This will only help you get through the book faster, and will not help the child learn how to read better. Instead, have the child use two pointer fingers to bracket the word, and then identify the sounds he knows. Help him use his knowledge of phonics to learn the new word.- owh... macam tu rupanya. Nanti mama praktikkan.

Teach Children How to Sound Out a Word

When teaching children how to sound out a word, there are a variety of questions you should ask to prompt them. Teach them to attempt a word using the following clues:
  • What sound does the word start with?
  • What does it end with?
  • Can you sound the word out with that much information?
  • What does this part sound like?
If your child uses the wrong sound, help by correcting that sound, and have them follow your lead to sound the word out. For example: the word CLOCK. What sound does it start with? /KL/ what sound does it end with? /K/ what sound is in the middle? /O/ (make sure they use the short /o/, not the long /o/.) Now say the whole word while running one pointer finger along under the words as they make each sound: CLOCK.

Tips for Sounding out Longer Words

Break longer words into pieces by covering up part of the word. Instead of bracketing the word PANCAKE bracket PAN, sound it out and then bracket CAKE and sound it out. Then put the two together: PANCAKE. Once you have sounded out the word, re-read the sentence in order to not lose the meaning of the word in context.

Using Context to Learn a New Word

Another strategy to teach children how to use is context. Do the other words on the page help you have any idea what the word could be? Look for clues on the page or in the pictures to figure out the word. If the story is about a little boy getting ready for bed, using the other ideas in the story, the pictures on the page and the child’s own knowledge of a bedtime routine to help him figure out the word TOOTHBRUSH, for example.

There may be times in which you will need to simply tell the child what the word is, but this should not be your first response. Use common sense and pay attention to the cues the child gives you. Increasing frustration will be the biggest reason to tell them the word. This frustration may come in the form of anger, increased distractibility, or increased fidgeting. Knowing a child’s normal level of focus and ability to sit still will help you know when frustration is setting in. As you work with the child and slowly help him improve his reading, he will become more and more confident in his abilities and will not become frustrated as quickly.

The Monster Book - Read-A-Loud

Untuk dua hari ni, mama nak guna flashcard books dari kizclub juga. Kenapa bukan seminggu as usual? Sebab flashcard ni sangat simple. Hanya ada 6 cards dengan vocab yang sangat-sangat simple. Tapi, mama suka, sebab dia guna monsters as its hero. 

So, apa yang best sangat pasal buku ni? Actually, mama guna sebagai umpan. Kadang-kadang, Adam mungkin mood dia kurang. Adam insists to read a book, tapi, bila mood kurang, choices of books kena cari yang simple dan menarik. Buku ni, boleh dijadikan hero. 
Walaupun hanya black and white, ia cukup menarik kerana watak yang digunakan. Bila hanya 6 cards pula, tak sempat nak bosan. Sedar-sedar, sesi membaca dah tamat. Owh, sebab cards ni black and white, mama boleh jadikannya read, colour and wipe cards. Mudah aje, letakkan atas apa-apa paper protector dan guna whiteboard marker. Mama guna plastik kuih sahaja :D


Intro To Magnet

Hari ni, Adam dapat satu pelajaran baru. Magnet. Sedang kita giat explore pasal magnet ni, tak keluar la pulak iklan Anmum kat tv. Hehehe.

Mama cuma terangkan apa yang magnet boleh tarik dan apa yang tak boleh. Juga terangkan kalau ada dua magnet, ada satu side yang akan tarik satu sama lain dan ada site yang akan menolak satu sama lain. Takde la pula menerangkan apa itu medan magnet etc. 

Selebihnya, Adam explore sendiri.

Mula-mula, kami guna set ini. Set ini dibeli dari Cosway.


Sudah hancur... sebab ini memang permainan Adam.


Sesi self exploration.




Blending Phonics

Ini untuk next week. Something simple. Nak start dengan blend phonics. Agak-agak, berkesan tak? Nanti la mama review.


Owh, maybe mama akan guna wording yang sama guna kaedah whole word guna. Meaning, first time la guna material yang sama untuk both phonics dan whole word. Hm... adakah lebih berkesan?

Sun Catcher Photo Frame And Sand Art

Ini our second sun catcher. Cantikkan? Hasil kerja Adam. Sebelum kering, hasilnya tak la secantik ini. Agak bertompok-tompok. Certain area tebal, nipis. Tapi, bila dah kering, wow! Cantik! Nanti mama letak photo ye.


Ini pula sand art yang Adam buat pada keesokan harinya. Yang ini, mama boleh berbangga la kot. Sebab, it's 100% Adam punya effort. All this while, mama yang kena peel kertas tu.




Hasilnya seperti ini.


Sikiiit je lagi. Selalunya, mama akan tolong siapkan. Tapi, from now on, tak nak dah. Kalau tak siap, later Adam kena siapkan sendiri. Mama won't buy a new one selagi tak siapkan projek terbengkalai. Weeee. Tiba masa untuk ajar Adam bersyukur. Syukur? Entahlah. Tapi yang pasti nilai murni la.

Juga kena ajar pasal tanggungjawab. Dulu Adam akan kemas toys dia lepas main. Semenjak dah besar ni, mama kena suruh berkali-kali. Kadang-kadang berkesan, selalunya tidak. Uhuuuu...

I Can - Read-A-Loud

Phonic 2 kami dah tinggalkan. Not that I want to skip that book, tapi, nampaknya Adam yang tak pilih buku tu. So, maybe dia tak minat buku tu. Sekarang, mama baca buku ni untuk our read-a-loud session. Actually, ini bukan la buku. Tapi flashcards yang mama print dari sini.

Menariknya buku ni, ayat dia simple. Dengar sekali pun, dah boleh ingat. Structure ayat dia berulang-ulang. Sangat simple.



Yang menariknya untuk I Can ni adalah boleh buat action sekali. Mama buat ini jadi game untuk Adam. Mama baca apa yang animals can do, then, mama ask question whether Adam can do those actions too. Actually, this game was inspired by Adam. Adam yang minta mama ask him that question. Lepas answering, Adam akan buat aksi-aksi seperti yang dibaca. Then only mama boleh continue reading.

Flashcards ni black and white. So, sangat jimat. Lepas membaca, boleh mewarna pulak. For the time being, cuma letak dalam plastik kuih sahaja. Cara ini sangat murah dan praktikal. Our letter tracing ni, kami guna almost setiap hari. Sangat berbaloi. Sebab, walaupun dipakai berkali-kali, masih dalam good condition. Tak lunyai. Untuk itu, happy :)

Owh ya, walaupun nak jimat, dicadangkan untuk guna kertas yang agak tebal. Bukan normal A4 paper. Sebab normal A4 paper tak keras. Susah sikit nak handle dengan toddler. Takut membazir effort sebab ia akan mudah lunyai. Tapi I Can ni, mama guna atas normal A4. Sebab cuma untuk normal reading. Guna thick paper kalau material tu boleh di extend untuk further lesson.

Resepi Playdough


Dulu, mama ada share resepi playdough. Sambil-sambil menjelajah ke blog ini, terjumpa la resepi ni. So, mama share la. Mungkin satu hari nanti, mama boleh buat kot. Sebab, mama selalu kena beli playdough yang baru setiap kali semua warna bercampur-aduk. 

So, resepinya adalah seperti berikut :


Bahan-bahannya :
  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan garam
  3. 1 cawan air
  4. 2 sudu makan minyak masak
  5. Pewarna makanan

Caranya :
  1. Campurkan item 1 dan 2
  2. Gaul bersama minyak masak
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli tepung
  4. Setelah doh rata, campurkan pewarna makanan
  5. Uli lagi sehingga warna sekata
  6. Siap :D

Doa Sebelum Belajar


Source : sini

Kita selalu ingat nak berdoa bila nak makan aje. Time lain lupa. Harap-harap boleh amalkan, sebab Adam pun ingat doa ni.

Ajar Anak Membaca Guna Kaedah Fonetik

Pic : Google
Article ni copy and paste dari sini. Mudah-mudahan mama mendapat ilmu macam mana nak mengajar Adam membaca.

Jadi apakah yang BOLEH dalam mengajar anak membaca mengikut kaedah fonetik? Membaca mengikut kaedah fonetik melibatkan proses awal berikut; Memperkenalkan bunyi secara sistematik
  1. anak-anak perlu tahu bunyi huruf – iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang diajarkan - done
  2. anak-anak perlu kenal huruf – iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut - mama dan Adam berada di stage ini
  3. anak-anak dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.
Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Anak-anak dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat huruf ‘ani’, dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai).
Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Sakitkan? Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaaaaaa panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Ikutilah kursus-kursus Bacalah Anakku atau rujuk buku panduan siri cepat membaca Bacalah Anakku.
Sebaik-baiknya ibu bapa tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus. Memadai hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat membaca Bacalah Anakku yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’ diperkenalkan dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’.

Pin Poking Activity

Pin poking activity. Ini juga akiviti yang promote fine motor skills. Tapi, mama tak pakai pin la. Takut. Nanti Adam besar sikit, boleh la pakai pin. Buat masa ini kita pakai lidi sate sahaja.
So, apa faedah pin poking? Ia mengajar kanak-kanak untuk lebih fokus dan berhati-hati dengan pin yang tajam agar tidak tercedera. Ia juga membantu develop pincer grip dan koordinasi tangan yang bagus.
Pin poking ni, mama letak atas polisterin, dipotong saiz A4. Of course la menarik minat Adam, sebab mama guna gambar ultraman baby. Cute. 


Utk first timer, ok la juga walaupun ada sikit-sikit yang tersasar.


The processes.










Sedang dalam proses tu, tiba-tiba mama tersedar. Lor... susah payah cari lidi sate, sebenarnya, mama boleh guna pensil yang tajam utk beginner.

End result.



p/s : Alhamdulillah, Adam managed to finish his ultraman pin poking. Risau juga, sebab mama guna picture saiz besar. Takut Adam jemu. Luckily, mama pilih gambar ultraman, so, Adam fokus buat. Sambil nyanyi-nyanyi lagi :D

Handmade Puzzle

Alphabet lowercase puzzle ni, memang berbaloi-baloi. Adam suka sangat! Tak terasa yang dia sebenarnya sedang belajar. So, semalam, mama buat "a", b", "c", "d", "e" tracing and puzzle. Selama ini, penekanan hanya pada vocab and read-a-loud session.



Untuk next year, mama target Adam akan mula membaca. Betul-betul membaca. Ada 365 hari, anak mama pasti boleh. Mama juga akan tambahkan ilmu cara untuk mengajar Adam phonic. Mama kena selit-selitkan masa dengan ReadEasy.

So, mama akan mulakan dengan aktiviti-aktiviti ringkas macam ni so that, Adam bukan sahaja boleh kenal letters, tapi, boleh tulis sekali. Tulis, bukan tracing. He really needs to practise letters writing. So, sampai habis tahun ni, mama expect a lot of progress from my little boy.

Aktiviti ini hanya memakan masa dalam 15 minit. Lebih lama dari read-a-loud session sebab Adam asyik bemain puzzle.



More Of Free Cutting

Sukanya menggunting. So, hari ni, mama bagi some envolope and recycle paper. Untuk Adam gunting.


Pretend tengah vacum using pam lepas menggunting.


New Material In The House

For counting :D



Cutting Activity I - Free Cutting

Since Adam asyik berebut-rebut nak menggunting dengan mama, mama decided untuk buat cutting activity untuk Adam. Actually, cutting activity ni memang bagus. Sama macam cooking, tree planting etc. Learning thru playing la katakan.

So, mama sediakan la material ni. 


Boleh la Adam potong-memotong. No more baby scissors. Kita guna real scissors. Aktiviti ni, nampak senang, tapi ada gunanya. Namanya, cutting activity I, sebab, bila Adam dah expert sikit, mama akan bagi aktiviti menggunting yang susah sikit.



Ia menyokong kepada perkembangan fine motor skills tangan dan jari. Ini sebenarnya adalah aktiviti yang penting sebelum Adam belajar manipulate tangan untuk menulis, melukis etc.
Contoh aktiviti adalah seperti :
  • Gunting pelbagai jenis kertas 
  • Gunting play dough menggunakan gunting
  • Gunting straw atau shredded paper

Teach Your Child To Read Before They Go To School

Hanya nak share. Motivation untuk mama :D

Video Anak Untuk Kenangan

Owh, sebenarnya, mama ada banyak video pasal Adam masa baby. Nak diselitkan dengan post, macam kurang bersemangat sikit. Sebab video lama. Sejak Adam besar, mama kurang ambil video. So, lepas ni, hopefully, mama dapat ambil video activity Adam. Phew....

Teaching Phonics In Fun And Effective Ways


teaching phonics graphicteaching phonics

There are two parts to learning to read. One is the visual part ( learning the letters, learning to read words ). The other is the auditory part ( hearing the sounds ). Phonics is putting these two parts together.

In teaching phonics, the first step is when a child connects a letter with a sound. Alhamdulillah, Adam dah kenal sound of letter. It builds from there to the point when a child can read words, then sentences and so forth.
As children move beyond the stage of one letter and one sound into reading and writing words, it is critical for them to learn two skills.
  1. Blending- Taking individual sounds and putting them together into a word. Yang ini, mama still work on. Masih kurang jelas, sama ada cara mama mengajar betul atau tidak. 
  2. Segmenting- Taking a word and breaking it apart into individual sounds. Tahap ini, belum lagi.
Important things about teaching phonics
  • Teach each skill orally before you teach it with the letters.  For example, teach the child to blend sounds together orally by saying the sounds and then put them together into a word.  Then teach the same skill with written letters.
  • Make sure the steps are very small and doable for the child.  If your child really struggles to move to the next step, you can break it down into smaller steps.
  • Model and practice.  Don’t worry about speed when you’re teaching a new skill, but after the child is comfortable with the skill, then work on speed and fluency.

Lowercase Alphabet Letter Tracing - Montessori

Lowercase alphabet letter tracing untuk Adam dah siap. Berkobar-kobar mama. Hehehe. Sebab hari Sabtu, ada la sedikit masa untuk buat. Ini pun terkejar-kejar. Kejap lagi nak keluar.

Letter tracing ni, ikut montessori la konon. 



Benda ni memang handy. Kalau mama nak bawa balik kampung pun, tiada masalah. Insya Allah. Dapat juga buat alphabet letter tracing ni dengan mudah dan murah. Mama tiada laminating machine. Nak beli, macam tak berbaloi. Atau, memang patut mama beli?

Mama balutkan dengan plastik. Leceh sikit, tapi insya Allah tahan lama. Dan, kosnya pun, murahla.... :D

Lowercase Alphabet Puzzle

Finally, mama pakai dah foam paper yang dibeli dulu. Dulu beli untuk buat alphabet flag. Projek ditangguhkan. Ngee... Cuma, terfikir, cantiknya jika ada vibrant colour. Pakai dulu yang mana ada. Later, beli la. Teringin nak beli colour bright blue and red chili. Mesti cantik dan menarik. Heeee....

Projek ini dibuat semasa Adam sedang tidur.


Inilah hasilnya. 




Seronok dan berbaloi mengorbankan sedikit masa tidur. Adam bangun, terus main. 




Mama rasa, ia akan jadi salah satu favourite game kami. Tapi, before that, sebenarnya, mama kena ajar something dulu kepada Adam. Maybe boleh dibuat secara parallel. Lowercase alphabet tracing. Belum terfikir apa material nak guna. Semestinya, nak buat something yang menarik, tapi mudah dan murah. 

Board ni, sebenarnya, mama beli untuk buat something like flip-flap poster. Lekatkan apa sahaja of the week theme, at least, jika kami tidak ada books related activity etc, masih boleh pandang-pandang dan jeling-jeling pada board ni. Handy. Mama rasa tak perlu ditampal di mana-mana, cuma letakkan pada satu sudut yang kami lepak bersama - main hall.

Nampaknya, board ni, maybe sesuai untuk our hand tracing activity.