Weekend Yang Panjang

Hari ini, mama beli 2 VCD ni. Harap-harap Adam dapat menjadikan teladan. Insya Allah, bila free, mama nak cari VCD panduan solat untuk kanak-kanak. Harap-harap jumpa yang cartoon punya. Mesti Adam suka :D


Belum dapat review lagi sama ada bagus atau tidak VCD ni. Mama grab aje sebab tajuk dia bagus.

Lama juga tak buat aktiviti tampal menampal. Selalunya, ada aje stock stickers mama simpan. Dah lama tak bei sticker. Sticker book Adam dah penuh. So, mama buat yang lain. Yang ini, tak guna kertas tebal. Guna kertas A4 biasa sahaja. Sebab,  mama cut budget. Hahaha.... Stock kertas tebal dah habis, so, kita gunakan apa yang ada. Jimat sayang...

Selongkar punya selongkar, akhirnya jumpa sticker ni. Dapat lah Adam rasmikan sticker book dia. Alhamdulillah. Sticker beli masa pergi zoo dulu.


Malam-malam, Adam main pasir pulak. 


Biasalah bila Adam buat kerja, pasti kecah ruang tamu. Hahaha.... setakat ini, mama tak kisah. Tapi, alangkah bahagia jika rumah kita ada halaman yang luas. Takat nak main pasir ni, main kat luar aje. Senang nak kemas :D

No comments:

Post a Comment