It's Movie Time - Kungfu Panda 2

Last Saturday bawa Adam tengok Kungfu Panda. Wahhh.... excited giler Adam. Anti ngan Uncle Man yang bawa kami. Papa g meeting.

Kecoh la dalam kereta. Adam kata, " Anti, Adam nak tengok movie Kungfu Panda. Bukan nak beli book Kungfu Panda. ". Apakah itu? Terlalu excited untuk tengok movie? Or satu kiasan yang mama selalu beli buku?

First time Adam tengok movie. Tapi, sangat la behave. So, next time, kita boleh tengok lagi. 

Adam duduk diam-diam sambil makan pop-corn. Mulut dia ada juga bertanya, tapi, dengan berbisik. Tak mengganggu langsung. Mama yang sibuk nak tanya Adam, sebab tengok dia concentrate sangat. Cuma, yang kelakar, ada satu part, mama tanya Adam. " Best tak? ". Adam jawab " Best ". " Apa yang best? ". " Pop corn best ". Opsss.... i'm refering to the movie la sayang. Dah habis citer, baru lah dia sibuk mengulas dalam kereta. Dan... mulutnya bising nak ajak tengok transformers ( end of jun ) ngan captain america ( bulan ogos - bulan puasa? ).



No comments:

Post a Comment