First Comic

Yeahhhh..... Adam is a big boy now. Petang tadi kami ke Jusco. Untuk lunch dan menghiburkan hati si kecil. Sudah banyak hari terkurung di rumah + tidak bersekolah. Kesian sangat. Jadi, gagah kan juga ke theme park jusco tu, setelah badan Adam sejuk ( lepas makan ubat ). Kami ke sana berbekalkan ubat-ubatan, thermometer, sweater, stokin etc.

Seperti biasa, pasti ada habuan utk si dia. Dapatlah seekor eagle man dan .... comic book! Wow! Bulan 7 ni genap 3 tahun, dah ada comic book? Tebal lagi.... pasal iron man. Papa cari juga comic captain america, x jumpa.

Habisnya, kering la tekak mama bercerita pasal iron man tu. Ye la.... mama cerita macam biasa. Semangat! Suara mesti kuat. Kiranya bersungguh-sungguh la..... tapi, dek tebalnya buku itu, adushhh.... letih nak menghabiskannya. Tak habis pun, baru 1/6 buku ( or less ), mama dah stop. To be continue... letih ooo....

Bila kita dah excited, Adam lagi la excited. Sibuk bertanya macam-macam. Bagus la untuk imiginasi dia.... watak2 dalam tu, dia kenal. Mama pun tak kenal. I know only tony stark n iron man.



No comments:

Post a Comment