A Sneak Preview @ Stationary Si Kecil


Sedar-sedar, banyak la pulak stationary budak bertuah ni. Hehehe.... memang sedar pun. Mama cuma belikan satu set sahaja untuk each item. Owh... dua, sebab last year dah pernah beli satu set. Kadang-kadang bila banyak macam ni, saaaangat la menyusahkan. Adam akan ambil semua, SEMUA yang dia mahu. So, bersepah-sepah la jadinya. 

Colouring books pun, sekarang suka ultraman and such. Siap dengan colour pencil sekali. Menyumbang ke arah semakin banyak stationary si Adam. Ada masanya, dia akan kemas balik semua yang dikerjakan. Namun, adakalanya... mama la yang kene kemas. Opssss... selalunya...

Ahaha... inilah contohnya.... minum susu sambil tengok tv, terus tertidur. So, sapa yang kena kemas? Angkat tangan! It's Mama! Actually tak nak kenang saat rumah bersepah macam ni, tapi inilah realitinya. So Adam, fikir-fikirkan la..... Adam anak mama! Vote for mama... ( sesi berebut-rebut dengan papa dia nak ngaku Adam anak sapa ). :D

No comments:

Post a Comment