Kalau Cukup

Semalam, mama Adam la pulak yang kembung perut. Drive dalam keadaan tiga suku sedar (hehehe....) ke rumah wan. Nak menumpang bermanja la. Kan x sihat...

Wan bawa Adam pergi beli chocolate. Dalam tidur-tidur ayam, sempat la mama dengar wan cakap nak makan chocolate tu sama-sama. Yang kelakarnya, jawapan Adam. Dia kata, " Kalau cukup ". Lembut dan slow aje dia jawab. Huuuu....

Lagi satu insiden masa pergi lunch last Sunday. Mama order milo ais, Adam teh o ais dan papa air kosong. Sambil minum air Adam jeling-jeling air mama. Dia tanya, " Tu air milo ke air ubat? ". Mama kata air milo. Terus dia minta dan sedut x hengat punya.

Dah air teh o tak berusik, papa minum la. Tersedak papa bila dengar anak comel kata " Kang habis air Adam kang. Kang habis air Adam kang ". Pandainya dia menjawab. Masih dalam nada yang lembut dan slow.

Mana la dia belajar.....

No comments:

Post a Comment